"Akak dah isi borang bm?"
"Akak, apa persiapan kita nak 'melangkah'?"
"Akak, kalau kita bercakap, nak pandang muka dia (lelaki) ke?"
Usai daurah semalam, kami duduk duduk berhalaqah sebentar. Merungkai persoalan sekitar ikhtilat dan baitul muslim, berbincang dan bertukar tukar pendapat.
Saya senang dengan perbincangan yang dibicarakan secara serius namun sederhana tentang hal itu.
Dan itulah kisah kawan baik; kisah dua orang yang tidak bertemu dan mencari selain daripada kerana ketaatan-Nya. Sungguh, Allah lebih tahu!
"Gejala awal dari barakahnya sebuah pernikahan adalah kejujuran ruh, terjaganya proses dalam bingkai syaria’t, dan memudahkan diri. Ingat kata kuncinya; jujur, syar’i, mudah." (Ustaz Salim A. Fillah, Menjaga, menata lalu bercahaya.)
Saya senang dengan perbincangan yang dibicarakan secara serius namun sederhana tentang hal itu.
"Akak takde specific measurement untuk diletakkan. Cumanya, iman dan ilmu boleh mendatangkan kesan dalam cara kita berfikir dan bertindak. Kesannya juga langsung pada akhlak. Iman dan akal membolehkan kita menjustifikasi sesuatu hal atau keadaan. Maka tanyalah pada keduanya, "perlu ke?". Bermuamalah dengan akhlak Islam dan sederhanalah dalam segala hal termasuk tentang bagaimana berinteraksi silang jantina. Hal itu, bermula dengan diri kita sendiri; individu muslim. Bila berhadapan dengan sesuatu keadaan; tanyalah iman dan akal, berakhlak, sederhanalah dan kemudian bermuamalah. Maka, semuanya bermula daripada diri kita sendiri."
Teruntuk diri sendiri yang lebih banyak bercakap; moga Allah pimpin untuk mencari jalan jalan yang paling berkah; untuk rasa yang paling indah dan manis. Istighfar, taubat, sabar dan doa yang banyak insyaAllah sehingga waktu yang benar benar telah direzkikan.
Dan itulah kisah kawan baik; kisah dua orang yang tidak bertemu dan mencari selain daripada kerana ketaatan-Nya. Sungguh, Allah lebih tahu!
Wassalam,
Gombak.
No comments:
Post a Comment