Wednesday, April 10, 2013

Bukti

Bismillah.

Kaki sudah melangkah masuk ke kedai kek itu. Aku tahu dia pencinta kek cheese.

“Adik nak kek apa?”

“Laa, akak nak beli kek ke? Adik nak yang akak buat tu.”
(Ya Allah, budak ni, dah terpacak depan kaunter ni, baru nak cakap tak nak beli kek. Patutnya, cakaplah dua tiga hari lepas. Huhu)

“Akak takut tak sampat lah nak buat. Ni betul ke tak nak?”

Dia angguk.
***
Pagi itu menjengah peti ais. Mencari sesuatu.

“Mana pulak mentega atau butter ni?”

Tiada. Yang ada hanya ada lebihan separuh.

Teringat kata-kata si dia.

“Akak, adik teringin nak makan biskut. Akak buat biskutlah. Tak payah buat kek.”
Dan kerana itu, aku gagahkan diri explore peti segi empat ni. Mencari bahan itu. Tiada.

"Adik nak bawak untuk usrah adik. Akak buat ea."

"Kenapa aku beriya-iya tunaikan juga permintaan adik? Akak cuti bukannya sebulan adik, oi"

"Sebab sayang dan cinta ke?"

Sayang dan cinta itu tidak semestinya di mulut. Ahha!
***
Selepas memberikan salam, melihat wajah ibu. Wajah seorang ibu yang telah bersusah payah untukku.

"Akak tak nak solat witir?"

Gulp.

Dulu waktu tak solat sunat, ayah tanya. Tak nak solat sunat ke?

Dan bila dah solat sunat, ibu pula tanya. Cuma soalannya sedikit berbeza.
Dan aku tahu, ibu dan ayahku pencinta solat witir. Sunnah anjuran arRasul saw.

"Akak takut akak tak istiqamah, bu."

Alasan ke?

"Jangan terus buat banyak-banyak. Satu rakaat pun ok."

Dush. Ayat yang selalu aku guna untuk motivate diri sendiri.

"Kenapa tak nak buat? Sebab tak sayang dan cinta ke?"

"Cinta dan sayang perlukan bukti. Then, buktikan!"

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 
(Ali ‘Imran:31) 


Dup dap dup dap. Aku cintakan Dia atau tak?

Wassalam.

Cuaca PRU. Mendamba pemimpin yang juga cintakan Allah dan Rasul. Atau pemimpin yang Islam ceritakan. Tidak menghalang Islam dilaksanakan.



Monday, April 8, 2013

Ummi



Bismillah.

Malam itu keputusan dibuat. Kami membahagi-bahagikan nama-nama antara kami.
Tipulah kalau aku tidak rasakan apa-apa. Malah, sejak menjadi pencinta tegar jalan-Nya ini, aku selalu dihidangkan bahawa daie selalu dikatakan lebih sensitif. Sensitif dengan keadaan hatinya. Sensitif dengan hal yang berlaku di sekelilinygnya. Hatiku terusik namun aku diamkan. Lalala.

Keputusan malam itu aku terima seadanya. Tidak lain tidak bukan, aku bersangka baik pada Allah. Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk segala hal.

Aku membisikkan pada ukhtiku,
“ ni karang murabbiah yang nangis ni. Hehe.”

Dan sepanjang cuti itu, aku berkira-kira, bilakah saat yang sesuai aku memberitahu hal yang sebenar. Perasaan ku yang paling dalam kuat mengatakan bahawa hal ini berat bagi mereka dan pasti bukan mudah untuk menerima. Aku mohon kekuatan daripada-Nya dan aku yakin memaklumkan secara berhadapan adalah yang terbaik.

Aku tahu akhawat ku qowiy. Saat menerima keputusan ini, mereka tampak tenang. Setenang aku. Hihi, mungkin. Aku tahu perasaan mereka meski hint-hint sudah ku berikan lama. Aku memberikan sedikit taujihat pada mereka dan saat itu mutiara jernih mula gugur. Ternyata, hanya Allah yang tahu dalamnya kasihku buat akhawatku. Aku menahan sebak di celah bicara taujihat ku meluncur laju. Dan mereka ku lihat sudah tidak dapat menahan sendu. Tiap kali pertemuaan akhir itu, suasananya begitu sayu dan air mata pasti mengalir hiba.

Rabb, saksikanlah, bahawa kami berukhuwah kerana-Mu.
Hei, akhawat kena qowiy!

Assalamua’laikum buat akhawat yang kucintai fillah.

Aku bersujud dan menadah kesyukuran pada-Nya, kerana aku diberi peluang menjadi ummi. Ummi pada antunna yang aku kasihi. Mengharungi saat-saat yang pelbagai. Yang aku kira semuanya merupakan tarbiyyah tidak terhingga dari-Nya.
Telah kita yakini bahawa salah satu tujuan kita berada di jalan-Nya ini adalah untuk mencari redha-Nya. Makanya, aku serahkan kalian kepada ummi yang baru, juga adalah demi redha-Nya.

Akhawatku fillah,
Dalam kita menyelusuri jalan juang, hati ini menjadi saksi, bahawa apa sahaja yang terbaik buat dakwah pasti kita dahului. Begitulah juga harapanku. Harapan kita bersama. Apa sahaja yang terbaik buat dakwah pasti kita lakukan. Bahawa akhawat bukan milik kita seorang. Bukan milik aku dan kamu. Bahkan akhawat ini milik dakwah. Dan di mana sahaja kita diposisikan, itu bermakna dakwah akan lebih menjadi lebih baik dengannya.

Akhawat fillah,
Aku menyayangi kalian kerana Allah. Namun, aku lebih sayangkan jalan dakwah ini. Ketahuilah, aku diperlukan di tempat lain. Menjadi ummi baru buat adik-adik lain. Mengasuh mereka menjadi yang bermanfaat buat dakwah. Dan kalian telah ku didik menjadi yang terbaik. Maka, wajarlah kalian mendapat ummi baru. Ummi yang layak buat kalian. Ummi yang lebih baik daripada aku. Tidak lain dan tidak bukan, semuanya ini buat dakwah yang kita cintai.

Akhawat jannah,
Moga dengan mendapat ummi baru, kalian bertambah semangat. Amal bertambah mantap dan terus bermanfaat buat ummah. Ketahuilah, selagi mana kita mengucap syahadah dan beramal dengannya, kita tidak pernah berpisah. Malah rabithah telah mendekatkan kita sekian lama. Terimalah ummi baru antunna. Sayangilah dia seadanya dia dan ikutilah dia sebagaimana antunna mengikuti ku dulu. Tentu sahaja acuannya berbeza daripada acuanku namun ketahuilah, acuan aku dan dia adalah untuk redha-Nya. Kesatlah air mata itu, berukhuwahlah dengan adik-beradik baru. Moga-moga dakwah ini akan menerima manfaatnya yang besar.

Aku masih ada buat kalian. Masih ada di sisi kalian. Ayuh kita terus pertingkatkan amal dan bersemangat di jalan-Nya. Moga Allah redha kita semua.

Selamat Bercinta dengan ummi baru :)
Wassalam.






Pengsan baca.
 Jzkk atas ukhuwah.
Ukhuwah teras kegemilangan :)





Wednesday, April 3, 2013

Penapis

Bismillah.

Aku berada di jalan ini dengan izin Dia.

Tanpa keizinan Dia, siapalah aku.
Dan sungguh, pandangan Allah yang diutama.

Entah kenapa, nukilan ini sangat bermakna bagiku. Zuuk, terus sampai hati.

Jalan Tapisan-Dipetik daripada majalah JOM Edisi 10.

Allah akan benar-benar menapis
mereka yang berada di jalan ini.

Jalan ini
hanyalah untuk mereka yang berjiwa besar
tidak mudah tergugah
oleh mehnah dan malapetaka.

Jalan ini
hanyalah untuk mereka yang gusar
sangat takut
andai amal-amal mereka
hangus terbakar
oleh api riyak yang tidak kelihatan
meninggalkan hanya debu-debu yang berserakan.

Jalan ini
bukan untuk mereka yang mengeluh kepenatan
sedang langkah baru sahaja selangkah
masih jauh dari syurga kenikmatan.

Jalan ini
akan sentiasa ada tapisan
dan kita pasti akan mendapat
apa yang kita niatkan.

-Nur Afni Natasya Ismail-


Telah aku yakini, bahawa untuk melihat Islam kembali gemilang, bukan sekadar kita berperibadi mulia dan juga solehah. Malah, kita solehah dan kita ajak orang lain untuk jadi solehah.


Analoginya;


"Percayalah, biskut ni sangat sedap! Tak percaya? Kenalah rasa dulu."


Begitulah Islam. Hendak tahu kemanisan dakwah dan Islam, kita kena lakukannya dahulu. Kita rasa kesedapannya dan kita ajaklah orang lain merasakannya.


Telah aku yakini, bahawa dakwah itu tidak cukup sekadar aku aku, kau kau. Tidak. Sampaikanlah dakwah arRasul meski pada janin seorang ibu. Kerana matlamat kita besar. Ingin melihat Islam gemilang dan menjadi rujukan alam. Allahuakbar!

Anda mahu lihat? Jom sertai!


Wassalam.


p/s: Rindu air tangan ibu!