Friday, July 22, 2011

Logam




Bismillah.


Memang sepi di kanvas putih suci ini. Kesian. Hanya tertulis di catatan hati peristiwa-peristiwa seharian.

Senarai nama adik-adik terchenta memang panjang berjela-jela tak bernoktah.

Ana pandang dia. Dia pandang ana. Subhanallah! Ramainya.

Ya Allah, adik-adik ini ada haknya. Seorang pun tidak boleh dizalimi. Sesuka hati membiarkan mereka terkontang-kanting di mehnah mencabar ini.

" akak, saya haus."
" haus? nak air? akak belikan."
" ok. tapi saya taknak air. saya nak tarbiyah. saya hauskan itu."

Gulp. Dia kehausan tarbiyah. Itu baru seorang. Yang lain-lain?

Mendekati mereka, subhanallah! Seperti biasa, sangat mencabar!

* Tarbiyyah itu mengajar kesabaran *




" Ana rasa macam orang bercinta. Ambil berat sampai ringan adik tu. Belanja makan, bagi hadiah, SMS, call, borak-borak "

* Tarbiyyah itu mengajar kita untuk berkasih sayang *
* Tarbiyyah itu mengajar kita untuk kreatif *

Jangan cakap mengenai pengorbanan. Kerana memang seluruh tarbiyyah dan dakwah ini adalah pengorbanan kepada Allah.

" Beri apa yang kita sayang "

" Semangat,
Biar kau naik dan turun
Tapi jangan sekali-kali kau hilang "






* Dakwah itu perlukan semangat. Semangat itu datang daripada iman*

indah bersama logam-logam
jb
Wassalam.