Friday, January 27, 2012

PD


Assalamu’alaikum.


Alhamdulillah.



Ungkapan syukur pada Allah s.w.t kerana telah merancang dan menjadi pelaksana terbaik. Hikmah yang sangat banyak untuk dihayati. Untuk diambil iktibar oleh orang-orang yang diberi Allah hati dan akal.



Kata dia : Tarbiyah itu bukan untuk dirasai oleh orang-orang yang merasai tarbiyah sahaja, tapi tarbiyah itu perlu disebarkan. Tarbiyah itu perlu dirasai semua. Sebarkanlah tarbiyah Islam!



Sebarkan ia ke mana-mana.


Kata dia pula : Tarbiyah itu bukan hanya teruji apabila bersama dengan mereka-mereka yang mengikuti tarbiyah, tapi tarbiyah itu teruji apabila kita bersama dengan mereka-mereka yang tidak mengikuti tarbiyah.



Kata atuk : Sepatutnya, kita tidak berada di sini. Kita berada di Bandung. Tapi, oleh kerana adanya beberapa masalah teknikal yang wujud, kita berada di sini. Takpe, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.



Air mata berada di tubir mata. Memilih antara dua memang sukar. Di sini ada keluarga yang harapannya menggunung dunia, di sana pula ada kerja yang tidak berhenti noktahnya. Istikharah, tenangkanlah aku.



Keputusan istikharah itu menenangkan. Yakinlah, apa sahaja keputusan selepas ini, Allah menjadi saksinya bahawa Dia; Pemberi terbaik dan segala yang berlaku adalah di dalam kuasa-Nya.



Rancangan untuk ke Bandung dibatalkan di saat-saat akhir. Masalah teknikal yang hanya menjadi sebab. Belum rezeki kami ke sana. Allah belum izinkan. Dan rupanya, kos 40++ orang ke sana adalah sebanyak RM75 000++ selama 4 hari 3 malam. MasyaAllah! Tersedak. Dah boleh beli sebuah rumah pangsapuri!



Kata atuk : Takpe, kita pergi lain kali. (ok, setuju dengan atuk.)



Akhirnya, Allah menyusun lagi. Hinggalah rupanya Allah mengizinkan kami untuk ke Pantai Port Dickson. Port Dickson? Rasa macam nak berlari balik ke Nilai. Allah, hikmah apakah ini?



“Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.” Al-Asr: 1-3





Avillion Admiral Cove, Port Dickson. (Pernah dengar?)



Rupanya, memang naluri manusia suka akan hiburan dan liburan. Sepanjang Pantai Port Dickson, bannnyak sangat kereta. Mungkin, memang penuh semua chalet dan hotel. Lupa, cuti agak panjang.



Malaysia vs Singapore ^^



Bukan warganegara jadi tumpuannya, bukan bangsa yang menjadi kayu ukurnya. Yang utama, kerana aqidah. Ikatan aqidah yang istimewa ini yang menimbulkan kepedulian itu. Kerana aqidah, aku peduli kau pakai baju tak cukup kain. (Ini monolog dalaman). Lihat, kerana aqidah :)



Bahawa kaum wanita,



Aurat kita memang lebih banyak berbanding kaum lelaki. Ini kerana Allah meninggikan darjat wanita-wanita beriman. Ini kerana wanita itu tinggi nilaiannya. Menawan dirinya. (Ini realiti, subhanillah!) Bukan sebagai boneka sia-sia. Bukan simbol fitnah dunia. Jangan dibuai wanita itu kerana terbukanya aurat mereka. Tapi, buailah wanita itu kerana tertutupnya aurat mereka.



Kasihannya pada lelaki beriman, pergi ke pantai, sibuk menjaga pandangan mereka.



Namun lagi kasihan pada wanita yang katanya beragama Islam. Berpakaian tapi umpama tidak berpakaian. Ketahuilah, azab mendedahkan aurat kepada bukan yang selayaknya adalah sakit tidak tertanggung. Hanya Allah yang tahu macam mana erti sakit itu nanti.



Biar orang kata kuno di pandangan manusia, asalkan kita sebenarnya moden dalam pandangan Allah. (wow, Subhanallah!)



Biar orang kata panas, asalkan kita tahu. Apalah sangat panas di dunia berbanding panas di sana nanti.



Perbezaan itu bukan menjauhkan kita. Perbezaan itu seharusnya mendekatkan kita. Kita perlu dekat dengan masyarakat.



Different is beautiful.



Tidak terkata hikmah kembara kali ini. 3 hari 2 malam melihat ombak tidak henti-henti melaksanakan tanggungjawabnya. Banyaknya, boleh muhasabah.






" Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? "



" Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). " Al-Mulk: 3-4



Allah, aku jatuh cinta.



p/s : 1- Suka nama 'Izzah.



2- Ramai wanita Islam yang selesa berlegging di khalayak ramai. Ramai juga yang bertudung tidak menutup dada. Ramai lagi yang bertudung dan berlengan pendek serta berseluar ketat. Tanggungjawab siapakah ini? Kena bawa pamplet mengenai aurat ke mana-mana!



Hubungan Istimewa,



'Izzatul Islam.



Wassalam.


Tuesday, November 22, 2011

Berkirakah engkau?


Assalamua’laikum.



Dengan usia yang muda, memang ramai yang merancang duit untuk hala tuju masa depan. Selain mungkin duit itu untuk penerusan pembelajaran , mungkin juga untuk baitul muslim, perancangan kerjaya dan tentunya memang sebahagian besar akan difikirkan untuk jalan yang telah dilalui kekasih Allah, Nabi Muhammad saw iaitu jalan dakwah dan tarbiyah.



Makanya, duit itu dilihat sebagai sesuatu yang terlalu berharga kerana keperluannya yang diperlukan dulu, sekarang dan akan datang.



Terutamanya, sekiranya kita menyertai tren kereta api dakwah dan tarbiyah, maka lagi banyak yang perlu dikeluarkan. Makin banyak yang perlu dibelanjakan. Dan tentunya, makin banyak yang perlu kita korbankan. Dan pengorbanan itu yang akan mengajarkan kita.



Infaq, belanja makan, belikan hadiah, mesej, telefon, KTM, LRT, teksi, prebet, buku-buku, duit program = Pengorbanan.



“ Engkau memang tidak akan sanggup berkorban sekiranaya ia bukan datang daripada keimanan ”




Sungguh,


Moga-moga, duit yang keluar di jalan Allah ini diterima di sisi-Nya sebagai amalan terbaik.


Moga-moga, pengorbanan itu akan berharga di sisi Allah swt.


Moga-moga, keikhlasan itu akan terus menyirami kita.




Dan mungkin banyak lagi yang perlu kita keluarkan dan korbankan untuk deen-Nya yang tercinta. Mungkin juga dalam segenap ruang kehidupan yang telah kita niatkan sebagai ibadah kepada-Nya. Berbelanja untuk itu. Berbelanja untuk ini.



Kedekutkan kita?



Kedekutkan kita pada sesuatu keperluan? Kedekutkan kita untuk berbelanja di jalan Allah swt?



Astaghfirullahal ‘Azim.


Mungkin kita tidak menyedarinya. Namun, usah sampai ianya menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah.



Usah sampai mereka-mereka itu menyedarinya, bahawa memang kita kedekut untuk berbelanja di jalan Allah.



Usah sampai mereka hilang kepercayaan itu hanya sahaja pabila kita berkira-kira dalam segenap perbelanjaan hingga memang jelas kita sebenarnya kedekut untuk berbelanja.



Layakkah kita mengatakan dakwah dan tarbiyah adalah pergorbanan sekiranya kita sendiri susah untuk mengorbankan duit dan terlalu berkira-kira untuk itu?



“ Sungguh, Allah mengetahui luar dan dalam hati-hati hamba-Nya.”



Sekiranya kita katakan bahawa seluruh kehidupan kita ini untuk ibadah kepada-Nya, kenapa kita rasakan perbelanjaan kita itu sia-sia? Kenapa mesti ada perkataan membazir? Tidak, kehidupan ini adalah ibadah dan sebarang perbelanjaan di dalamnya juga adalah ibadah kepada-Nya.Namun, ada syaratnya. Kita mestilah ikhlas dan mengikut syariat yang ditetapkan. Jangan kita kata sesuatu perbelanjaan itu pembaziran sekiranya awal-awal lagi kita sudah yakini yang perbelanjaan itu diniatkan untuk Allah. Tiada pembaziran untuk Allah kerana kita memang takkan kedekut untuk Allah.



“Dalam hak-hak kita, ada juga hak-hak orang lain yang ada”



Berkirakah kita dengan Allah? Jom tengok cermin ;)



Wassalam.

Tuesday, November 8, 2011

Rindu

Assalamu'alaikum.

Rasa rindu itu anugerah.


Buat hati yang suci.


Buat hati yang mengenal Ilahi.



Di akhir program pertama semester baru itu, mereka salam menyalam menyapa mesra.



Kaki sudah mengajak balik, namun masing-masing sibuk terhenti. Memang, ta’aruf itu takkan pernah henti.



Tibalah giliran mujahidah 19 tahun itu.



Dia terkaku, sambil bersalaman erat.



Lama.



Matanya jelas kelihatan merah.



Merah, merah dan merah.



Dan akhirnya, terjurai juga mutiara-mutiara itu.



“Kenapa ni?”



“Rindu”



Subhanallah! Rindu apakah ini? Sehingga bisa membuatnya sebak lalu menangis.



Dan ternyata, tangan itu susah untuk dilepaskan.



Sambil mukanya yang memerah dan air mata yang melaju.



“Dah, jangan nangis. Akak kan ada ni. Apa-apa kongsi dengan akak.”



Dan lagi, itu bukan pemujuk namun membuatkannya bertambah hiba.



“Rindu sangat dengan akak. Ingatkan tak jumpa akak lagi”



Ok. Air mata macam nak berjangkit. Hati, sila kawal kesebakan anda!



Huh.



Rindu Rindu Rindu ;)



Pertama kali merasai pengalaman ini. Oh yeah, sungguh mendebarkan hati.



Bila rindu diucapkan oleh orang lain.


Bila rindu itu dirasai oleh orang lain.


Bila rindu itu diluahkan oleh orang lain.


Moga rindu ini menautkan kita semua.


Moga rindu ini memanjangkan tali-tali persaudaraan kita.


Moga rindu ini membuatkan kita lebih bersemangat menempuh jalan ini.


Ketahuilah, bertemu dan berpisah kerana Allah adalah detik terbaik dalam kehidupan kita ini.




Moga rindu ini rindu bermanfaat.



Rindu pada perjuangan ini^^



Merindui Dia dan dia :)



Wassalam

Wednesday, September 28, 2011

Dia dan Dia


Assalamua’laikum.



“ Allah



Allah



Allah



Hamba-Mu ini meminta lagi. Memohon lagi dan lagi. Tiada henti.



Rayu dengan rendah hati.



Rayu dengan sungguh hati.



Tolong jangan biarkan diriku sendiri mengurus diri ini



Tolong pimpini aku dalam kegelapan dinihari



Tolong jangan tinggalkan ku sendiri dalam terangnya mentari



Siang mahupun malam



Aku ingin keredhaan-Mu menerangiku.




Allah



Allah



Allah



Tiada daya ku tanpa Engkau di sisi



Tiada kekuatanku tanpa Engkau menemani



Hilang semangatku tanpa Engkau merapati



Terhenti langkahku tanpa Engkau di hati ini




Ya Rahman



Cukuplah Kau di sisi, menyejukkan jiwa sanubari



Cukuplah Kau menemani, memberi kekuatan silih berganti



Cukuplah Kau merapati, meniup semangat tanpa henti



Cukuplah Engkau di hati, buat kaki ini terus berlari.”




Biar seisi dunia berat menghalaginya, namun istikharah cinta ini menjawab sebaliknya. Maka, redha adalah kebahagiaan yang tiada nilainya.



Berkali-kali ku tanya Dia, betulkah keputusan ini? Dia menjawab, “ Kau sudah menyerahkan urusanmu kepada-Ku. Sudah membulatkan tekadmu. Maka, yang menenangkanmu itu akan menjadi yang terbaik untukmu. Usah kau rasa gundah, kerana Aku sudah mengatur yang terbaik buatmu. Jika kau merasa kau tahu apa yang baik buatmu, ketahuilah Aku Maha Mengetahui segalanya buat hamba-Ku. Redhalah duhai hati."



Masih bermimpi. Nope!



It’s reality.



“Selamat tinggal Undang-undang!”



Good bye Law and Syari’e.



Sayonara.



Full stop.



Wassalam.



Rabbuna yusahhil @_@



p/s : Arbitrator masih dalam bayangan. Syariah consultant dan juga counsellor. (^_^)

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008