Thursday, March 10, 2011

Tempe

Bismillah.

Sewaktu membeli makanan di gerai kecil itu.

"mak cik, ni apa?" tanya seorang perempuan.

"laa, ni tempe lah. Tak pernah makan ke? Sedap tau ni."

Nada jawapan mak cik agak terkejut. Ana di samping perempuan itu turut tertoleh. Subhanallah! Dia tak tak tahu? Tempe itu sangat dekat dengan kehidupan orang Johor (agaknyalah), namun masih ada lagi insan yang tidak tahu dengannya.


tempe oh tempe...sedapnya kamu....lalala

Berkata dalam hati,
"bukan semua orang tahu apa yang kita tahu. mungkin kita ingatkan orang lain tahu, tapi hakikatnya tidak. perlu ingat tu"

Peristiwa itu sangat terkesan di hati. Sungguh!

Lantas melangkah sambil berfikir sesuatu.

Begitu juga dengan Islam ini. Ada ramai lagi yang tidak tahu keindahannya. Kemanisannya. Kelazatannya. Masih ramai lagi yang berada jauh dari jalan yang lurus ini. Masih ramai lagi insan yang masih lena dan terbuai-buai mimpi indah.

Allah~~~

kemanisan ini perlu disampaikan

kelazatan ini perlu dinikmati bersama

semua yang indah ini perlu dikhabarkan dan dikongsikan


Buku yang menarik dibaca.juga membuatkan hati ini tersentak.


Ketahuilah,
amanah ini adalah tanggungjwabmu
semua orang perlu diberitahu tentang keindahan Islam ini
semua orang perlu rasa keindahan ini
Maka
sampaikanlah
ayat-ayat Allah
sebarkan kebaikan
dan
cegahlah keburukan!
tempe yang enak.
terus teringat rumah.
Sampaikan pesanan Tuhanmu....
"Turunlah kamu berdakwah kepada seorang manusia sahaja hingga dengan perjuanganmu itu, dia dapat menempuh jalan hidayah dan beristiqamah didalamnya. Yakinlah sekalipun engkau tidur di saat dia solat malam, engkau makan di saat dia berpuasa, engkau tinggal dirumah saat dia mengerjakan haji, dan engkau tidak turut berjuang disaat dia berjihad di jalan ALLAH, pahalanya tetap akan mengalir untukmu, setara dengan pahalanya, tanpa dikurangi sedikitpun. Bagaimana jika engkau berjaya membimbing manusia lebih dari seorang? Bagaimana pula jika engkau Berjaya membina manusia lebih dari sepuluh? Sungguh, engkau akan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda”
wassalam~