Monday, March 10, 2014

Jumpa

Bismillah.

Dulu, sewaktu kakak itu berpraktikal, aku bertanyakan soalan ini kepadanya.

"Kakak, sudah jumpa mad'u?"

Ternyata, soalan itu menusuk jiwanya dalam.

---

Kini, saat aku berada di dalam 'kasut' itu, soalan yang sama aku tanyakan. Bukan pada orang lain. Bahkan untuk diriku sendiri.

Dan soalan itu bahkan lebih lagi menusuk jiwaku. Mungkin, lebih dalam. Allahurabbi.

Bahawa, alam realiti itu mengejutkan engkau. Meski langkahan lambat, moga, Allah masih tuntun.

Nyata, tiap hari aku bertanyakan soalan yang sama. Menjadi da'ie menuntut aku menonjolkan qudwah. Bukan sekadar untuk manusia. Bahkan, untuk Allah. Berqudwah untuk Allah!

"Sungguh, medan perkataan tidak sama dengan medan khayalan. Medan amal tidak sama dengan medan perkataan. Dan medan jihad tidak sama dengan medan amal" Imam Hassan Al Banna.

Mohon doa. Moga terus thabat!

Wassalam.

Friday, March 7, 2014

Ansar Muhajirin ke?

Bismillah.

Tarik nafas.

(Surah wal 'Asr-Masa)

Ini kisah minggu-minggu lepas. Masa pantas berlalu. Betapa hari-hari yang lepas dilalui dengan sangat mencabar. Cabaran menghabiskan semester akhir di kampus.

Adik-adik bulatan, dakwah dan tarbiyah, pelajaran, thesis, Kauthar, sahabat-sahabat seperjuangan dan banyak lagi.

Moga Allah redha atas tiap-tiap saat melaluinya. Moga tiada saat yang Dia tidak suka.

Menyiapkan thesis yang sangat mencabar.

Mengurus perasaan apabila bakal meninggalkan akhawat dan semua kecintaan di bumi Nilai. Jujurnya, akhawat memang sangat jujur tentang emosi. Hingga dia sangat mudah mengalir air mata tatkala bau-bau perpisahan terbau kuat. Hingga dia sangat menghargai tiap-tiap saat. Jujurnya lagi, aku sendiri menangis untuk perpisahan yang menyakitkan ini. MasyaAllah, kadang aku tidak terjangka akhawat punya sisi-sisi sebegini. Rindu hingga buat dia menangis sedu sedan.

Tangan tidak dilepaskan. Dia memegang tanganku lama. Dan rupanya, dia menangis. Hingga buat aku menangis. (Berjangkit rupanya!)
Kalau bukan kerana Allah yang tolong uruskan perasaan dan perpisahan itu, pasti aku juga lemah menghadapinya.

"Kenapa ya sering sahaja rindu itu menyakitkan?"
"Pasakkan rindu itu kerana Allah. Pastinya ianya sakit. Tetapi ada kasih di hujungnya. Kita berlapang dada. Kita masih boleh berukhuwah. Kita memang sahaja boleh merindui. Bagai Ansar dan Muhajirin barangkali?

Moga terus mencontohi kerinduan Ansar dan Muhajirin.

Rabb, sampaikan rindu pada mereka-meraka yang turut berukhuwwah kerana-Mu.

Ok, fine rindu.

Wassalam,
JB.

Sunday, November 17, 2013

Masih di situ

Bismillah.

Blog yang berhabuk. Moga bukan quran kita yang berhabuk. Moga bukan hati gelap kelam. Buat yang masih membaca, terima kasih :)

Demi Allah, hari ini aku sungguh terkesan. Dengan teguran Allah. Dan itu cukup membuatkanku mataku basah. Terima kasih, Allah atas peringatan.














Diam.
Sendiri.
Biar bercakap dengan arRahman.
Tinggalkan aku sebentar.
Rabb, ampuni aku.
Astaghfirullah, Tuhan.
Pimpin aku.
Jangan tinggalkan aku.
Rahman masih di situ.









:)
Islah nafs.

wassalam.

Tuesday, October 15, 2013

Jujur

Bismillah.

Bidang tulisan bidang yang aku cintai sejak dahulu. Cuma, ternyata untuk menulis secara formal di khalayak umum sangat menggetarkanku. Entah, aku cuma takut pada Dia.

Yes.

Kau takut ke? Menulis saat seluruh anggotamu menjadi saksi. Sedangkan saat kau tidak menulis, anggota tetap menjadi saksi. Sama sahaja duhai hamba Allah. Kau menulis atau tidak, tetap Dia menjadi saksi. Ada dan sentiasa ada.

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka untuk memberitahu Kami kesalahan masing-masing dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa dulu yang mereka lakukan." Yaasin:65

Allah, jujurnya aku memang takut. Takut menulis sesuatu yang aku tidak kerjakan. Takut Kau tidak menyukainya. Namun Tuhan, aku berusaha. Aku berusaha memperbaiki diriku dan aku tahu Kau di sisiku. Bantu aku, Allah.

Rabb, cukup Kau ada di sisi. Buat aku si budak kecil yang ingin selalu mengadu. Segalanya. Tentang pelajaranku, tentang dntku, tentang pembacaanku, tentang semuanya. 

Oh ya. Ya Rahman, thesis memang paling mencabar kekuatanku. Membaca membaca dan membaca. Moga Kau tetap thabatkanku di rimbunan kesibukan aku menyiapkan kewajipanku. Moga aku makin kuat dan istiqamah, Tuhan.

Tetap jujur dengan Kau wahai Allah
Borang itu? Nanti dulu boleh?

Wassalam.
Perempuan membaca. Iqra.
Durrah Wafa'

Tuesday, September 3, 2013

Teruskan lagi

Bismillah.

"Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya daripadamu. Sampai fikiranmu, sampai perhatianmu, berjalan, duduk dan tidurmu. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cinta".

Membaca tulisan ini buat seluruh tubuhku seram sejuk. Mungkin sedikit menggeletar. Kerana bagiku ianya luar biasa. Kerana menjadi rijalud dakwah itu memerlukan kau beri semua. Semua. Bahkan kehidupan kau sekalipun.

Berilah apa yang kau mampu. Nanti Allah ganti. Tak percaya?

Weh, mata masuk habuk!

Dan ianya bukan angan-angan. Apatah lagi kisah dogengan. Ianya perlu kau perjuangkan. Iya, seriyes bhai! Perjuangkan dengan amal. Baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah. Baru kau tahu sakit itu bagaimana. Baru kau tahu erti pengorbanan itu bagaimana.

Tuhan, pengorbanan itu mungkin tidak setanding langsung dengan mereka-mereka yang memperjuangkan agama-Mu. Dengan kebesaran-Mu, dengan kasih-Mu, terimalah amal-amal ini. Rabb, moga Kau pandang amal ini.

Ukhti,

Aku minta maaf. Aku memang bukan bidadari. Aku memang sedang mencuba lagi. Mohon kau sudi tunggu aku.


Awak,

Selamat menjaga hati dengan tanda itu. Dia mungkin bukan pilihan hati. Tapi dia pilihan Allah yang tepat. Title soleh bukan pada bidang yang dia ambil. Soleh itu pada pekerti, tingkah laku, bicara dan amalnya. Kau sudah istikharah. Jangan risau, saya pasti kirimkan doa :)

Aku,

Tahun 4 bakal menjelma, insyaAllah. Pohonlah pada Allah, agar kau kuat harungi semuanya. Dakwah dan tarbiyah yang kau sayang. Pelajaran, ilmu, thesis yang membahagiakan. Library terlalu sejuk buat aku dan kadangkala mengantukkan. kuikui. Tapi itulah anugerah Tuhan pada kau. Sila cintakan ilmu. Kau tiada masa lagi hendak berdondang sayang. Dengan lambakan buku yang kena baca, hafazan lagi cik kakak, ziarah hadek-hadek lagi. Sangat banyak, tahu? Rabb, mudahkan aku. Redhai aku. Bolehlah rancang nak sambung master gimana ya. InsyaAllah :)

Kakak,

Borang itu buat aku berdebar. InsyaAllah, aku pohon pada Allah agar aku boleh penuhinya bila aku benar-benar bersedia. Benar-benar yakin dengan istikharahku. Rabb, bantu aku.


ArRahman,

Syawwal bakal berlalu pergi. Tapi kenapa air mata ummat ini tidak dibawa sekali? Aku tidak tega Tuhan melihat mereka dipijak tiada maruah. Mereka manusiakah, duhai Allah? Bantulah kami, Allah. 

Tunggu. Berusaha dan berdoa lagi. Tidak mahukah kau melihat Islam yang telah jatuh bangkit kembali bangun lagi? Tidak mahukah kau bersama dengan golongan sedikit yang perjuangkan Islam? Malukah kau ikhtiar lagi? Belum sampai masanya lagi. Cuma pastikan, kaulah pendokong kejayaan Islam. Walau apa jua caranya. Kau harus juangkannya. Harus, ukhti!

Be strong, ok?

Dia kata ayat aku suka sangat romantis. Jiwang. Erk, heh. Aku suka dengan cara kau. Dan aku tahu kau pasti hargai aku bagaimana. Aku dengan gaya Abu Bakar. Kau dengan cara Umar. Indah bukan? Ukhuwah ini tidak membunuh potensi. Bebas. Asalkan ianya sampai hati :)

Wassalam.
Moga Raqib juga tersenyum.