Monday, April 8, 2013

Ummi



Bismillah.

Malam itu keputusan dibuat. Kami membahagi-bahagikan nama-nama antara kami.
Tipulah kalau aku tidak rasakan apa-apa. Malah, sejak menjadi pencinta tegar jalan-Nya ini, aku selalu dihidangkan bahawa daie selalu dikatakan lebih sensitif. Sensitif dengan keadaan hatinya. Sensitif dengan hal yang berlaku di sekelilinygnya. Hatiku terusik namun aku diamkan. Lalala.

Keputusan malam itu aku terima seadanya. Tidak lain tidak bukan, aku bersangka baik pada Allah. Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk segala hal.

Aku membisikkan pada ukhtiku,
“ ni karang murabbiah yang nangis ni. Hehe.”

Dan sepanjang cuti itu, aku berkira-kira, bilakah saat yang sesuai aku memberitahu hal yang sebenar. Perasaan ku yang paling dalam kuat mengatakan bahawa hal ini berat bagi mereka dan pasti bukan mudah untuk menerima. Aku mohon kekuatan daripada-Nya dan aku yakin memaklumkan secara berhadapan adalah yang terbaik.

Aku tahu akhawat ku qowiy. Saat menerima keputusan ini, mereka tampak tenang. Setenang aku. Hihi, mungkin. Aku tahu perasaan mereka meski hint-hint sudah ku berikan lama. Aku memberikan sedikit taujihat pada mereka dan saat itu mutiara jernih mula gugur. Ternyata, hanya Allah yang tahu dalamnya kasihku buat akhawatku. Aku menahan sebak di celah bicara taujihat ku meluncur laju. Dan mereka ku lihat sudah tidak dapat menahan sendu. Tiap kali pertemuaan akhir itu, suasananya begitu sayu dan air mata pasti mengalir hiba.

Rabb, saksikanlah, bahawa kami berukhuwah kerana-Mu.
Hei, akhawat kena qowiy!

Assalamua’laikum buat akhawat yang kucintai fillah.

Aku bersujud dan menadah kesyukuran pada-Nya, kerana aku diberi peluang menjadi ummi. Ummi pada antunna yang aku kasihi. Mengharungi saat-saat yang pelbagai. Yang aku kira semuanya merupakan tarbiyyah tidak terhingga dari-Nya.
Telah kita yakini bahawa salah satu tujuan kita berada di jalan-Nya ini adalah untuk mencari redha-Nya. Makanya, aku serahkan kalian kepada ummi yang baru, juga adalah demi redha-Nya.

Akhawatku fillah,
Dalam kita menyelusuri jalan juang, hati ini menjadi saksi, bahawa apa sahaja yang terbaik buat dakwah pasti kita dahului. Begitulah juga harapanku. Harapan kita bersama. Apa sahaja yang terbaik buat dakwah pasti kita lakukan. Bahawa akhawat bukan milik kita seorang. Bukan milik aku dan kamu. Bahkan akhawat ini milik dakwah. Dan di mana sahaja kita diposisikan, itu bermakna dakwah akan lebih menjadi lebih baik dengannya.

Akhawat fillah,
Aku menyayangi kalian kerana Allah. Namun, aku lebih sayangkan jalan dakwah ini. Ketahuilah, aku diperlukan di tempat lain. Menjadi ummi baru buat adik-adik lain. Mengasuh mereka menjadi yang bermanfaat buat dakwah. Dan kalian telah ku didik menjadi yang terbaik. Maka, wajarlah kalian mendapat ummi baru. Ummi yang layak buat kalian. Ummi yang lebih baik daripada aku. Tidak lain dan tidak bukan, semuanya ini buat dakwah yang kita cintai.

Akhawat jannah,
Moga dengan mendapat ummi baru, kalian bertambah semangat. Amal bertambah mantap dan terus bermanfaat buat ummah. Ketahuilah, selagi mana kita mengucap syahadah dan beramal dengannya, kita tidak pernah berpisah. Malah rabithah telah mendekatkan kita sekian lama. Terimalah ummi baru antunna. Sayangilah dia seadanya dia dan ikutilah dia sebagaimana antunna mengikuti ku dulu. Tentu sahaja acuannya berbeza daripada acuanku namun ketahuilah, acuan aku dan dia adalah untuk redha-Nya. Kesatlah air mata itu, berukhuwahlah dengan adik-beradik baru. Moga-moga dakwah ini akan menerima manfaatnya yang besar.

Aku masih ada buat kalian. Masih ada di sisi kalian. Ayuh kita terus pertingkatkan amal dan bersemangat di jalan-Nya. Moga Allah redha kita semua.

Selamat Bercinta dengan ummi baru :)
Wassalam.






Pengsan baca.
 Jzkk atas ukhuwah.
Ukhuwah teras kegemilangan :)





1 comment:

" NuR Itu CaHaYa " said...

akhawat mmg kne sntiasa bsedia.. fizikal n mental.. kerana jalan ini, mkin terasa kuat ikatan UKHUWAH itu..