-->
Rasa rindu itu anugerah.
Buat hati yang suci.
Buat hati yang mengenal Ilahi.
Di akhir program pertama semester baru itu, mereka salam menyalam menyapa mesra.
Kaki sudah mengajak balik, namun masing-masing sibuk terhenti. Memang, ta’aruf itu takkan pernah henti.
Tibalah giliran mujahidah 19 tahun itu.
Dia terkaku, sambil bersalaman erat.
Lama.
Matanya jelas kelihatan merah.
Merah, merah dan merah.
Dan akhirnya, terjurai juga mutiara-mutiara itu.
“Kenapa ni?”
“Rindu”
Subhanallah! Rindu apakah ini? Sehingga bisa membuatnya sebak lalu menangis.
Dan ternyata, tangan itu susah untuk dilepaskan.
Sambil mukanya yang memerah dan air mata yang melaju.
“Dah, jangan nangis. Akak kan ada ni. Apa-apa kongsi dengan akak.”
Dan lagi, itu bukan pemujuk namun membuatkannya bertambah hiba.
“Rindu sangat dengan akak. Ingatkan tak jumpa akak lagi”
Ok. Air mata macam nak berjangkit. Hati, sila kawal kesebakan anda!
Huh.
Rindu Rindu Rindu ;)
Pertama kali merasai pengalaman ini. Oh yeah, sungguh mendebarkan hati.
Bila rindu diucapkan oleh orang lain.
Bila rindu itu dirasai oleh orang lain.
Bila rindu itu diluahkan oleh orang lain.
Moga rindu ini menautkan kita semua.
Moga rindu ini memanjangkan tali-tali persaudaraan kita.
Moga rindu ini membuatkan kita lebih bersemangat menempuh jalan ini.
Ketahuilah, bertemu dan berpisah kerana Allah adalah detik terbaik dalam kehidupan kita ini.
Moga rindu ini rindu bermanfaat.
Rindu pada perjuangan ini^^
Merindui Dia dan dia :)
Wassalam.
1 comment:
rindukan kan kami ya Allah atas redhaMU....
Post a Comment