Thursday, February 17, 2011

Telah berlalu masa tidurku…

Bismillah.



Allah
Engkau saksi hati ini
Bahawa
Rindu ini tidak pernah padam
Sayang ini tidak pernah hilang
Kasih ini tidak pernah kurang
Buat insan yang tiada tandingan.
Allah,
Engkau saksi hati ini
Bahawa
Diri ini tidak pernah terkebelakang
Jiwa ini tidak pernah bosan
Semangat ini tidak pernah tenggelam
Pada insan mulia tiada tandingan.
Allah,
Engkau saksi hati ini
Bahawa
Aku mencintai dia
Muhammad
Yang terpuji.
" Wahai Rasulullah, junjungan mulia, mengingatimu bukan pada hari-hari tertentu bukan jua pada waktu-waktu tertentu. Namun, setiap detik kehidupan ini adalah tanda cinta kepadamu. Tanda ingatan kepadamu. Akhlak dan peribadimu telah membuatkan alam ini jatuh cinta padamu. Tiada makhluk yang tidak terpesona dengan budi pekertimu yang luhur. Tiada insan yang mampu menandingimu. Subhanallah! Indah dan mulianya engkau wahai Rasulullah.

Wahai Rasulullah, qudwah kami. Kalimah Allah yang kami dapati hari ini adalah tanda cinta engkau kepada kami. Pengorbananmu menyayat hati dan melukakan. Berbicara mengenaimu tidak pernah tidak menyedihkan sanubari. Bahawa Rasulullah disakiti demi dakwah ini. Dakwah buat kami di kemudian hari. Rasulullah, hibanya hati ini mengenangkan jasa-jasamu. Jasa untuk kami ummat yang kau sayangi.
Wahai Rasulullah, kekasih Allah. Rindu ini semakin dalam. Untuk berjumpa di hari yang dinantikan. Melihat wajahmu yang lebih indah daripada bulan. Melihat insan yang banyak berkorban. Melihat insan yang tidak berhenti berjuang. Sungguh, kami rindu. Kami rindu. Kami rindu. Moga kerinduan ini terbalas di hari yang dijanjikan.”
>>Setelah menerima wahyu pertama, Rasulullah berkata: Telah berlalu masa tidurku...<<
Kerana engkau telah memenuhkannya dengan dakwah yang tidak berkesudahan. Menyeru manusia ke jalan Tuhan. Jalan dakwah yang panjang. Moga kami mengambilnya sebagai bekal yang mengenyangkan…
Aku cinta dia~~
p/s: Membaca buku Syamail Nabi Muhammad kerana mahu mengenalinya dengan lebih dekat….
Wassalam :)