Sunday, February 26, 2017

Tujuan asal kita

Bismillah.

Betapa besar pun pemberian dan penghargaan mahupun apa jua harapan kita pada manusia lain, ianya bukan untuk mendapatkan pulangan yang sama bukan? Memberi kerna memang kita mahu memberi dan ianya sebahagiaan akhlak kita, benar kan? Walau mungkin sisi sisi manuasiawimu minta dikenang, namun Allah kan tujuan asal kita? Tuhan, ingatkan daku.

Teruknya perangai kalau dengar tazkirah kemudian salah kan orang, "macam orang tu." Astagfirullah, nurul. Dengar tazkirah untuk memperbaiki dirimu, nurul. Bukan ingat aib orang, kan. Moga Allah pandu, biizdnillah.

Dan ya, Allah tujuan kita, insyaAllah.

Wassalam,
JB.

Saturday, February 25, 2017

Lorong-lorong kecil yang sederhana

Bismillah.

Kesempatan tidak datang selalu.

Pagi itu, sewaktu mencuci pakaian di ruang basuhan mahallah (kolej) dan tangan masih licin dipenuhi sabun, saya terlihat plastik yang berterbangan di tiup angin. "Eh, plastik ni datang dari mana pula?". Oleh kerana tangan masih dipenuhi sabun, saya menangguhkan hasrat mengutip dan membuang plastik berkenaan walau berpeluang. Fikir saya, "sekejap lagilah, lepas habis basuh baju ni." Saya kembali menyambung fokus pada basuhan saya sehinggalah saya berpaling lagi kepada plastik tersebut, namun hampa. Plastik itu hilang sekelip mata dan saya pun tidak tahu siapakah gerangan yang mengutip plastik tersebut.

Entah, saya macam terkilan pula. Kerana saya merasakan, sayalah mungkin orang pertama yang melihat sampah itu berterbangan. Merasakan bahawa sayalah yang Allah telah beri peluang untuk berbuat kebajikan namun dek kerana menangguhkan hasrat meski boleh dimaafkan alasannya. Saya terdiam seketika memikirkan dan mengaitkan, "Agaknya, beginilah perasaan tatkala bila Allah sudah beri peluang, kemudian kita abaikan. Dan akhirnya, tiada lagi peluang itu lantas terkilan. Saya bagai membuat salah satu kesimpulan, bahawa beginikah Allah melorongkan seseorang hamba dan mengilhamkan dia berbuat baik. Sehingga begitu terpilih, masyaAllah! Lalu jika dia menangguhkan walau sekejap cuma dan peluang itu tiada, dia menyesal lalu berkata, "kenapa ya aku tak mampu berbuat yang lebih baik?"

Moga selalu menghargai peluang peluang yang ada; peluang berakhlak dengan lebih baik, peluang menghargai ramai orang, peluang memperbaiki diri dan banyak lagi. Dan Tuhan,  "ini juga mujahadah dan jalan jalan beribadah kepada-Mu, bukan?"

Wassalam,
JB.

Tuesday, February 14, 2017

"Move on" ke tu?

Bismillah.

Betapa lama membiarkan dinding ini kosong tanpa perkataan perkataan baru. Melihat hari hari semalam, terasa bagai berlari hari hari yang mendatang, bukan? November 2016-Februari 2017 begitu banyak mencatat pelbagai memori yang tidak termampu untuk dituliskan dan dicurahkan di ruang ini. Ah, lamanya tidak 'menulis' di blog!

Sekali lagi meninggalkan sebuah daerah untuk berpindah ke daerah baru, bukanlah hal yang terlalu mudah dan terlalu sukar untuk saya. Hampir dua tahun lebih menetap di UIA, Gombak dan teruntuk saya yang klasik kononnya, saya masih belajar untuk membiasakan diri untuk melepaskan segala apa yang ada di Gombak.

Dan untuk tiap saat yang dilalui dan direzkikan dengan pelbagai hal yang mematangkan saya, moga Allah menjadikan saya lebih baik atas nikmat menuntut ilmu, berjumpa dengan ramai orang dan segala sisi sisi hidup yang meski terasa pahit, sedih dan sakit; Allah menggantikan nikmat syukur yang tidak terkira. Betapa, apa jua jalan yang sukar, adanya Dia; Allah yang sentiasa menemani.

Terima kasih Tuhan dan moga diizinkan kita menjadi yang lebih baik, insyaAllah (:

Wassalam,
Hai JB (;