Tuesday, February 5, 2013

Buta


Bismillah.

Suasana taman petang itu cukup mendamaikan. Angin petang tidak henti-henti menyapa wajah. Mengibas-ngibas tudung lalu menenangkan empunya diri.
Kanak-kanak paling gembira apabila berada di taman. Berlari ke sana-sini. Mencuba pelbagai permainan. Seronoknya wajah mereka.

Si dia berjalan di hadapan dan aku di belakang. Lalu si dia menoleh ke arahku. Senyum dan riang.

“ Kenapa boleh tertinggal ni? Jomlah jalan saing.”

Aku tersenyum. Dia menungguku lalu aku mempercepatkan langkah menuruti kemahuannya.

Kami duduk di bangku. Masing-masing memandang ke hadapan. Merenung alam.

“ Aku nak cakap sesuatu.”

“ Cakaplah. Aku dengar.”

“ Bila kau nak terus-terang dengan aku?”

“ Terus-terang? Tentang apa?”

“ Tentang sesuatu yang patut kau bagi tahu aku sejak kau anggap aku kawan.”

“ Aku minta maaf. Tapi aku tak faham.”

“ Aku dah lama tunggu dan dah banyak buat hint. Kau tak sedar? Sampai bila kau nak biarkan aku tak macam engkau? Sampai bila kau nak aku ternanti-nanti? Macam orang syok sendiri. Sampai bila keadaan kita akan jadi macam ni kalau kau tak nak cakap apa-apa kat aku? Aku penatlah menunggu.”

"Aku tak jelas. Maksud ayat kau tu apa?”

“ Kau tak faham lagi?”

“ Tak. Seriously, tak.”

“Aku nak usrah. Aku nak busy macam kau. Busy ke sana ke mari menyebar cinta Allah. Sibuk memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Aku nak saaanngat! Boleh?”

Pang.
Pak cik, ada jual tisu?
Kau berjalan sendiri.
Kau sibukkan diri sendiri.
Kau hendak baikkan diri sendiri.
Tanpa tengok kanan kiri.

Jangan kau lupa aku di sini.
Sedang kanan dan kiri sedang menanti.
Tawarkan.
Tawarkan.
Tawarkan.
Tawarkan dakwah itu kepada mereka.
Berilah.
Berilah.
Berilah.
Berilah peluang kepada mereka.
Jangan kau memandang langit.
Mengisahkan cinta pada bulan dan bintang.
Sedang si rumput yang kau pijak juga mahukan perhatian.

Mak cik, ada jual tisu?
Allah,
Risaunya aku.
Melupakan sahabat-sahabat rapat.
Sedang mereka menunggu aku.
Sedang mereka menunggu panggilan cintaku.
Sedang mereka menunggu dakwah ar Rasul melalui aku.
Butakah aku?
Astaghfirullah.

Wassalam
p/s:  cerita rekaan namun, aku dan kau bercinta dan berukhuwwah kerana Allah.
Eh, aku dan kau itu perempuan :)

No comments: