Thursday, February 21, 2013

Ayah.

Bismillah.
Malam. Maghrib. Sambil tunggu ibu.
Ayah membelek quran.

"Akak, surah al kahfi pasal apa?"
"Macam-macam, yah. Hehe"
"Ceritakan kat ayah."


Gulp.

-------------
Demam-demam, ayah masih nak ke masjid.
Penat-penat, ayah masih nak berwitir sebelum tidur.
Allah.
Ayah, akak rindu ayah.

Ayah, insan yang mengambil berat tentang ibadahku.
Tentang akhlakku.
Tentang pakaianku.
Tentang auratku.
Dan semua tentang aku.

Ayah, akak rindu ayah.

Wassalam.
Ar Rahman, ampuni mereka dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil. Juga, bila mana aku sudah dewasa.






Tuesday, February 19, 2013

Pergi main jauh-jauh

Bismillah.


Afwan, tak ingat tarikhnya bila.

Pergi main jauh-jauh jahiliyyah.
Eh.
Macam mana hendak main jauh-jauh kalau tidak disuruh?
Jahiliyyah bukan boleh kau arah dengan ungkapan pergi.
Bukan boleh hanya sekali.
Bukan hanya sedikit mujahadah.
Usaha berkali-kali.
Usaha tinggi-tinggi
Mujahadah; jatuh bangkit kembali.
Dan sentiasa jangan putus asa ada dalam diri.
Cuba
Cuba
Cuba lagi
Sampai jahiliyyah pergi.

Selamat memulakan semester 6.
Da'ie
Bila kau yakin Allah di sisi
Jauh sekali hendak putus asa dan merendah diri.
Selamat bermanfaat buat ummah!
Selamat study ;)
Selamat juga buang jahiliyyah dalam diri.
Allah mudahkan urusan, insyaAllah ^_^

wassalam.

Friday, February 15, 2013

Tiada harga

Bismillah.

Ada yang tak makan buah oren dan semua yang berkaitan dengannya.
Ada yang tak makan pasta dan adik beradiknya.
Ada yang tak suka minuman berperisa coklat.
Ada yang tak boleh makan ikan keli dan tengok binatang yang lebih kurang macamnya.
Ada yang tak boleh makan ayam.
Ada yang tak boleh makan makanan laut.
Ada yang tak makan sayuran segar.

Masih tidak berhenti lafaz syukur kerana Allah menempatkanku di situ.
Syukur, kerana Allah yang memandu tika mana keputusan itu hendak dibuat.
Terima kasih Allah kerana hadiahkan apa yang diperlukan bukan apa yang dihendakkan.

Moga kita osem dengan redha-Nya dan thabat dalam jalan juang ini. Allahumma aamiin.
Jadilah,
jadilah aku murobbiah yang menggalakkan ukhuwah.
kenalkan mereka pada Allah dan maniskan mereka dengan ukhuwah. (habislah, semua manis-manis).
dan kau pun tahu,
manisnya ukhuwah kerana manisnya iman.
sibukkan dengan suasana membangkitkan iman.
moga kemanisan ukhuwah yang kita cari,
Allah hadiahkan tanpa berbelah bahagi.

Ahlan wasahlan semester 6.
Moga kita masih berusaha keras untuk ummah.
Moga kita masih setia di jalan-Nya.

Terima kasih kepada sang setia-sang setia atas ukhuwah tiada harga.
Moga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat semua.
Wassalam.

Tuesday, February 12, 2013

Mimpi

Bismillah.

Sedang hero membacakan alunan suci Al-Quran menerusi laptop, muncul hero seterusnya di sisi.


"Akak busy?"
"Tak. Kenapa hero?"
"Tolong tasmi'kan surah Al-Mulk."

Menahan sebak.
Allahu rabbi.
Pengsan.
Mimpi ke?
Allah, Al-Quran as-syifa.
***
Masa kian menghampiri
Belum sepatah ku ucap tentang itu
Demi Allah, beratnya.
Kasih sayang yang membeban.
Namun, amanah ini lebih lebih lagi.
Dan haq akan ku letakkan ditempatnya.
InsyaAllah.
Allah, kuatkan aku.
wassalam.
Hero 1: Imam Rasyid Misyari Al-Afaasi
Hero 2: Ayah :)

Tuesday, February 5, 2013

Buta


Bismillah.

Suasana taman petang itu cukup mendamaikan. Angin petang tidak henti-henti menyapa wajah. Mengibas-ngibas tudung lalu menenangkan empunya diri.
Kanak-kanak paling gembira apabila berada di taman. Berlari ke sana-sini. Mencuba pelbagai permainan. Seronoknya wajah mereka.

Si dia berjalan di hadapan dan aku di belakang. Lalu si dia menoleh ke arahku. Senyum dan riang.

“ Kenapa boleh tertinggal ni? Jomlah jalan saing.”

Aku tersenyum. Dia menungguku lalu aku mempercepatkan langkah menuruti kemahuannya.

Kami duduk di bangku. Masing-masing memandang ke hadapan. Merenung alam.

“ Aku nak cakap sesuatu.”

“ Cakaplah. Aku dengar.”

“ Bila kau nak terus-terang dengan aku?”

“ Terus-terang? Tentang apa?”

“ Tentang sesuatu yang patut kau bagi tahu aku sejak kau anggap aku kawan.”

“ Aku minta maaf. Tapi aku tak faham.”

“ Aku dah lama tunggu dan dah banyak buat hint. Kau tak sedar? Sampai bila kau nak biarkan aku tak macam engkau? Sampai bila kau nak aku ternanti-nanti? Macam orang syok sendiri. Sampai bila keadaan kita akan jadi macam ni kalau kau tak nak cakap apa-apa kat aku? Aku penatlah menunggu.”

"Aku tak jelas. Maksud ayat kau tu apa?”

“ Kau tak faham lagi?”

“ Tak. Seriously, tak.”

“Aku nak usrah. Aku nak busy macam kau. Busy ke sana ke mari menyebar cinta Allah. Sibuk memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Aku nak saaanngat! Boleh?”

Pang.
Pak cik, ada jual tisu?
Kau berjalan sendiri.
Kau sibukkan diri sendiri.
Kau hendak baikkan diri sendiri.
Tanpa tengok kanan kiri.

Jangan kau lupa aku di sini.
Sedang kanan dan kiri sedang menanti.
Tawarkan.
Tawarkan.
Tawarkan.
Tawarkan dakwah itu kepada mereka.
Berilah.
Berilah.
Berilah.
Berilah peluang kepada mereka.
Jangan kau memandang langit.
Mengisahkan cinta pada bulan dan bintang.
Sedang si rumput yang kau pijak juga mahukan perhatian.

Mak cik, ada jual tisu?
Allah,
Risaunya aku.
Melupakan sahabat-sahabat rapat.
Sedang mereka menunggu aku.
Sedang mereka menunggu panggilan cintaku.
Sedang mereka menunggu dakwah ar Rasul melalui aku.
Butakah aku?
Astaghfirullah.

Wassalam
p/s:  cerita rekaan namun, aku dan kau bercinta dan berukhuwwah kerana Allah.
Eh, aku dan kau itu perempuan :)