Thursday, January 24, 2013

Sakit

Bismillah.

Kala jengking.
Warnanya hitam.
Menggerunkan.
Dan bisanya yang menyakitkan.
Bayangkan, jika kala jengking masuk ke dalam pakaian. Tentu sekali sangat mendebarkan dan menakutkan. 
Tentu kita akan sangat pantas cuba mengeluarkan binatang berbisa ini daripada pakaian. Kerana kita khuatir bisanya yang mungkin menghantar kita ke hospital. Kita khuatir bisanya yang pasti akan mengalirkan air mata.
Apatah lagi, jikalau si berbisa itu Allah izinkan untuk mengigit permukaan kulit kita. Pastinya rasanya sangat sakit dan hanya Allah sahaja yang tahu rasanya. Allah, sakitnya.
Bagaimana rasanya jika kala jengking itu menyengat hati kita? Sakitkah? Tentunya juga sakit!
Begitulah sifat-sifat mazmumah, jahiliyyah dan maksiat yang hitam pekat berbisa. Sekiranya menyengat hati kita, pastinya meranalah hati kita. Akan sakitlah hati kita. Bisanya sehingga satu anggota badan merasa. Sama juga dengan sifat-sifat tersebut. Ibarat bisa yang merosakkan anggota badan.
"Hai badan, nampak macam sihat tapi kenapa nampak gelisah?"
"Ya. Badanku memang sihat walafiat. Tapi hatiku yang sakit. Sakit disengat bisa. Bisa yang keluar daripada penyakit yang menghinggap ke dalam hati."
Ubatilah penyakit itu. Ubatilah kesakitan bisa itu. Ubatilah hati itu. Kerana hati itu penting terutamanya bagi seorang dai'e. Dia memperoleh daripada hati dan akan memberi daripada hati. Basahkan hati dengan yang makruf. Moga yang mendengar juga akan melakukan yang makruf. 
Tinggalkan kelalaian dunia. Jauhilah sifat riya, sombong, kikir dan bermacam-macam lagi bisa-bisa merbahaya buat si da'ie.
Daie, hati-hati jaga hati! Sikit-sikit. Kamu pasti boleh! Kita boleh, insyaAllah.
"Hati itu penting bagi seorang dai'e. Carilah penyembuhnya dalam Al-Quran"
Eh, mata masuk habuk!
Wassalam.
Salam cinta buat kekasih Allah, Rasulullah saw. Biarkan aku menangis rindukan baginda.

No comments: