Thursday, January 31, 2013

Eh, kita?

Bismillah.

Murabbi.
Mutarabbi.
Ditanyakan pada seorang mutarabbi. Peribadi manakah yang hendak kau contohi, lalu dia berkata.
" Aku menemui ramai peribadi yang hebat-hebat, namun sehingga kini aku tetap terkesan dengan peribadi murobbiku dan aku ingin mencontohi dia dalam hidupku." 
Allahu rabbi. Banyaknya habuk!
Dalam kita tak sedar, qudwah mampu melahirkan peribadi yang cintakan dakwah. Kerana di sisinya, terdapat murabbi yang juga merupakan seorang ayah, syeikh, guru dan ketua.
Moga kita sama-sama thabat.
Kau dan aku.
Kita.
Wassalam.
p/s: Ar rasul saw; tetap qudwah hasanah hingga akhir hayat.

Thursday, January 24, 2013

Sakit

Bismillah.

Kala jengking.
Warnanya hitam.
Menggerunkan.
Dan bisanya yang menyakitkan.
Bayangkan, jika kala jengking masuk ke dalam pakaian. Tentu sekali sangat mendebarkan dan menakutkan. 
Tentu kita akan sangat pantas cuba mengeluarkan binatang berbisa ini daripada pakaian. Kerana kita khuatir bisanya yang mungkin menghantar kita ke hospital. Kita khuatir bisanya yang pasti akan mengalirkan air mata.
Apatah lagi, jikalau si berbisa itu Allah izinkan untuk mengigit permukaan kulit kita. Pastinya rasanya sangat sakit dan hanya Allah sahaja yang tahu rasanya. Allah, sakitnya.
Bagaimana rasanya jika kala jengking itu menyengat hati kita? Sakitkah? Tentunya juga sakit!
Begitulah sifat-sifat mazmumah, jahiliyyah dan maksiat yang hitam pekat berbisa. Sekiranya menyengat hati kita, pastinya meranalah hati kita. Akan sakitlah hati kita. Bisanya sehingga satu anggota badan merasa. Sama juga dengan sifat-sifat tersebut. Ibarat bisa yang merosakkan anggota badan.
"Hai badan, nampak macam sihat tapi kenapa nampak gelisah?"
"Ya. Badanku memang sihat walafiat. Tapi hatiku yang sakit. Sakit disengat bisa. Bisa yang keluar daripada penyakit yang menghinggap ke dalam hati."
Ubatilah penyakit itu. Ubatilah kesakitan bisa itu. Ubatilah hati itu. Kerana hati itu penting terutamanya bagi seorang dai'e. Dia memperoleh daripada hati dan akan memberi daripada hati. Basahkan hati dengan yang makruf. Moga yang mendengar juga akan melakukan yang makruf. 
Tinggalkan kelalaian dunia. Jauhilah sifat riya, sombong, kikir dan bermacam-macam lagi bisa-bisa merbahaya buat si da'ie.
Daie, hati-hati jaga hati! Sikit-sikit. Kamu pasti boleh! Kita boleh, insyaAllah.
"Hati itu penting bagi seorang dai'e. Carilah penyembuhnya dalam Al-Quran"
Eh, mata masuk habuk!
Wassalam.
Salam cinta buat kekasih Allah, Rasulullah saw. Biarkan aku menangis rindukan baginda.

Wednesday, January 2, 2013

Kuat

Bismillah.



Akak tu berpesan. Pendek dan ringkas.

2 perkara penting bagi seorang dai'e.

Tahajjud di malam hari dan puasa-puasa sunat di siang hari.

T___T

###

Macam mana hubungan dengan orang-orang bawah hendak berjaya? Jikalau hubungan dengan yang di atas sana kau abaikan. 


Melihat perjalanan tarbiyah yang lambat, jangan disalahkan mutarobbi, salahkan murobbi dulu.

"Hai naqibah, ada rasa kurang apa-apa dengan hubungan pada Allah?"


Hubungan dengan Allah ada kesannya.

Kesan pada masyarakat dan kesan pada sesiapa jua yang anda mahu sentuh jiwanya.


Nangis.

Wassalam

Fatrah Imtihan. Moga Allah mudahkan urusan-urusan kita :)
Buat yang terbaik!