Entah kenapa, hati memang kata ya bila ada yang tanya sama ada nak pergi atau tak.
Tiada paksaan. Tiada ragu. Ya, memang nak pergi.
Dan pabila berada di sana, Ustaz Hasanuddin memulakan bicara.
"Kita di sini bukan secara kebetulan. Kita dipilih oleh Allah"
Tepat ustaz. Tiada istilah kebetulan dalam dunia ini. Kerana semuanya, telah Allah aturkan dan rancangkan.
Jadi, jangan ditanya bila hendak melangkah ke tangga kedua, kerana Allah akan memberikan masa yang terbaik untuk tiap hambanya. Yakin. Noktah.
Persiapkan diri :
Ilmu, Mental, Fulus, Fisikal, Perancangan.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang. |
Wassalam.
Naqibah tanya: Bila doa tentang calon, minta apa daripada Allah?
Subhanallah, segan. Rasa macam nak sembunyi belakang langsir.
Akhirnya, terkeluar juga.
Moga calon itu terbaik buat dakwah. Moga Allah redha.Moga Allah sentiasa menjaga hati.
Al-Furqan:74
1 comment:
ameen...
moga bakal zaujmu kelak paham akan dirimu...bersama-sama setia dan tegar mengangkat panji2...seiring memikul dakwah..
insyaAllah..
Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita..
terus mujaahadah!
Post a Comment