Thursday, May 5, 2011

lawyer v doktor



Bismillah.


Di hadapan bilik itu terpampang tulisan “Penasihat Undang-Undang”. Bukan sekadar sebuah bilik itu sahaja, malah bilik yang berada di sekelilingnya juga. Walaupun tulisan itu agak samar-samar, namun tulisannya masih jelas dan boleh dibaca.


Tiba-tiba pintu dibuka. Menampakkan diri di sebalik pintu.


“ ya cik, ada apa-apa yang boleh dibantu?” kata empunya bilik kepada tetamunya.


“takde apa-apa. Saja nak tengok cik” balas tetamu itu.


“nak tengok saya? Tengoklah. Huhu.” jawapannya berbalas gurauan. “Takkanlah datang tanpa ada sebarang tujuan. Mesti ada ni” fikir empunya bilik dalam hati kecil.


Tetamu itu lantas duduk bersebelahan dengan empunya bilik di kerusi yang kosong. Cik Undang-Undang menghadapakan wajahnya ke arah tetamunya sambil bertanya lagi, “betul ke cik tak ada apa-apa ni?” sekadar inginkan kepastian.


Tetamu itu memandang cik undang-undang. Serius. Cik undang-undang menanti butir kata daripada tetamunya dan akhirnya.


“Doktor, boleh tak tolong bagi kata-kata untuk hati” katanya bersungguh. “Rasa macam ada yang tak kena lah. Doktor bagi je apa-apa nasihat. Untuk hati ni” ulangnya lagi.





Ini memang dah kes berat. Cik ini memanggil cik undang-undang dengan panggilan yang tiada langsung kaitan dengan diri cik undang-undang.


Cik undang-undang terkejut dan terkesima. Fikirannya melayang mengingat sesuatu. “Rasanya kat depan pintu tu tertulis Undang-undang. Bukan perubatan. Salah bilik ke cik ni? Tanya pulak berkaitan hati ni.


Erm…I’ll do the best for my patient” ulang cik undang-undang. Kejanggalan itu dibiarkan. Kalau memang benar cik ini mahukan khidmat rawatan yang itu, cik undang-undang bersedia memberikannya.


Doktor, doktor, doktor!


Cik itu mengulang permintaannya lagi. Bersungguh.


Doktor? biarlah, janji cik ni bahagia~


Dengan nafas yang dihembuskan,cik undang-undang memulakan rawatannya.


“Boleh ke ni? InsyaAllah, yakin dengan-Nya.”


Hati ya? Bila sebut pasal hati ni, teringat buku Abbas Assisi; Bagaimana Menyentuh Hati.


Dengan ringkas, cik undang-undang berkata, “kembalilah kepada Allah.”


Tiada sebarang ubat pahit yang perlu ditelan. Tiada sebarang rawatan yang mahal. Yang perlu hanya ubat dan rawatan yang disertakan dengan kesabaran dan keyakinan untuk kembali kepada-Nya.


Cik tetamu tidak mengalihkan wajahnya. Memandang ‘doktor’ dengan pandangan bermakna.


Erm.


“Hati kita telah dimiliki dan akan terus dimiliki. Pemiliknya adalah Allah. Maka, dalam kita resah dan susah, mahupun dalam keadaan senang, tentunya Allah adalah tempat kembalinya pelbagai rasa dalam hati.”


“Bersyukurlah kerana masih diberi ‘rasa’ untuk merasa hati cik yang rasa semacam. Rasa kekurangan. Rasa jauh. Daripada orang yang tidak rasa apa-apa terhadap hatinya.”


“Saya rasa sakit hati dan selalu terasa dengan orang sekeliling, terutamanya dengan kawan-kawan” katanya jujur membuka cerita. “Rasa geram dan tak boleh tengok muka. Sehinggakan kerja-kerja saya tidak menjadi.”


Cik undang-undang merangkap ‘doktor’ terdiam lagi namun selepas itu mengulangi kata-katanya yang awal tadi. “Kembalilah kepada Allah.” Dia juga menambah, “dekatkanlah diri kepada-Nya, bacalah Al-Quran dan maknanya, juga sentiasalah beristigfar untuk menutup lubang-lubang dengki, khianat dan dosa.”


“Biasalah cik dalam kehidupan kita ni, kita hidup dengan pelbagai orang yang ada macam-macam ragam. Kelebihan dan kekurangan itu adalah lumrah, cik. Apa-apa pun, cik jangan layankan sangat rasa-rasa macam tu. Lupakanlah kesalahan-kesalahan mereka itu. Walaupun susah, yakinlah dengan Allah. Yakinlah Allah akan membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tu.”





Di wajah cik itu, terpancar sinar kelegaan. Mungkin kerana sudah meluahkan kisahnya dan meminta rawatan. Dia sudah tersenyum, Alhamdulillah.


“Yang penting, kita istighfar selalu. Agar kita takkan ingat perkara-perkara lain yang mungkin menyakitkan cik. Solat, mambaca Al-Quran adalah rawatan yang sangat mudah dan murah untuk dilakukan. Cumanya, ia perlu ketekunan dan dilakukan dengan hati. Biar hati itu yang merasa keindahan dan ketenangan itu. Lupakanlah hal-hal lama itu, cik. Tenangkan diri, tarik nafas dan bacalah bismillah. Selepas itu, mulakanlah kehidupan cik seperti biasa.” Panjang lebar doktor mengingatkan lagi.


Cik itu senyum lagi. Berfikir. Memproses ‘rawatan’ yang diberikan. Cik doktor membiarkan pesakitnya berfikir dan memandang ke arah lain. Memberinya ruang. Lambat-lambat, cik pesakit bangun dan mendekati cik doktor.


“Terima kasih sangat-sangat.” Ucap cik pesakit.


Senyum. “ Sama-sama.” Jawab cik doktor mesra.


***

Bila murobbi juga adalah doktor.

Tidak kira dia berada di posisi mana, rupannya kerjanya tidak pernah lari daripada mengubati jiwa-jiwa yang memerlukan. Dia tidak pernah mengkhabarkan yng dia adalah doktor, namun orang-orang sekeliling tanpa malu-malu meow merujuk masalah mereka kepada doktor tersebut. Mereka mahukan kata-kata semangat. Kata-kata pengubat dan pembangkit diri, agar mereka lebih rasa yakin mgharungi dunia dan cabarannya. Ketahuilah, Allah yang memberi rasa ‘sakit’ pada hati-hati itu dan Allah juga adalah tempat penyembuhnya.




Murobbi=doktor


Mencari pelangi,

Nilai~

Wassalam.

3 comments:

little daie said...

hmm... everyone can be a doctor cause Allah is the creator.

^_^nak panggil cik undang2 boleh?

Sejadah ungu said...

yes my dear...it is such as great experience being a murobbi...your love is medicine for them..
huhu...
ehem...cik undang2? =p

Hafizah al-hafiz said...

wah..bes la cerita..menarik2..nak tndatgn boleh???hehehe~~