Monday, April 18, 2011

semut

Bismillah.




"ten ten ten...jalan sesak...ramainya kawan-kawan...


Hati-hati. Biar lambat asalkan selamat. Utamakan kesabaran dan berjalanlah dengan tenang"



Semut berkata-kata sesama mereka. Meski bilangan mereka banyak dan berjalan secara perlahan, namun sikap saling mengormati dan bertolak ansur juga membantu tetap menjadi prinsip utama mereka.

Walau jalan tersebut dihalangi dengan batu mahupun halangan-halangan lain, mereka tetap mencari jalan untuk meneruskan perjalanan itu. Tetap mencari ruang kecil di sisi kanan kiri bagi melaluinya. Tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersemangat. Rupanya, mereka ini sangat tekun dan sentiasa mahu sentiasa mencuba. Subhanallah! Hebatnya si kecil ini.

Mencontohi mereka. Sentiasa berusaha mencari ruang yang ada dan mengharungi cabaran yang menghalang.

Kita pula bagaimana?


Ayuh, contohi si semut.
:)

Wassalam.

No comments: