Thursday, April 28, 2011

Langit, kau buat aku jatuh cinta....



Bismillah.


"akmal, buat apa tu? cepatlah..." kata rakan yang sudah beberapa langkah di hadapan.
"kejap kejap.."
snap...

Hobi yang entah bila muncul. Melangkah sahaja ke luar, memandang langit dan awan. Tidak terkata bukti kebesaran-Nya. Lantas, lidah ini tidak berhenti memuji keagunggan-Nya.

Subhanallah, cantiknya...
Subhanallah, cantiknya...
Subhanallah, cantiknya...






“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. “(Al Baqarah : 164)


“Katakanlah: ” Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrahpun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu sahampun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya. “(Saba’ : 22)








“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”( Al Mu’min : 57)


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,”( Ali ‘Imran : 190)








“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”( Ali ‘Imran : 191)



Bercinta dan berkasih sayang dengan alam...rupanya ada hikmah tersendiri. Sambil memerhati memuhasabah diri.

Allah, langit dan awan itu indah sekali
Buat aku terkesima lagi
Hati diam memikiri
Betapa aku lemah tanpa kudus cinta Ilahi.

Oleh itu,
usah lari mengkhianati janji
melawan fitrah insani
kerana kasih Rabb sentiasa ada tanpa berhenti...



Monday, April 18, 2011

semut

Bismillah.




"ten ten ten...jalan sesak...ramainya kawan-kawan...


Hati-hati. Biar lambat asalkan selamat. Utamakan kesabaran dan berjalanlah dengan tenang"



Semut berkata-kata sesama mereka. Meski bilangan mereka banyak dan berjalan secara perlahan, namun sikap saling mengormati dan bertolak ansur juga membantu tetap menjadi prinsip utama mereka.

Walau jalan tersebut dihalangi dengan batu mahupun halangan-halangan lain, mereka tetap mencari jalan untuk meneruskan perjalanan itu. Tetap mencari ruang kecil di sisi kanan kiri bagi melaluinya. Tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersemangat. Rupanya, mereka ini sangat tekun dan sentiasa mahu sentiasa mencuba. Subhanallah! Hebatnya si kecil ini.

Mencontohi mereka. Sentiasa berusaha mencari ruang yang ada dan mengharungi cabaran yang menghalang.

Kita pula bagaimana?


Ayuh, contohi si semut.
:)

Wassalam.