“ Durrah, cuba tengok atas sana”.
Jarinya ditunjukkan ke langit meluas.
“ Kau nak tunjuk apa pula kali
ini? Langit tersenyum? Bulan berkata-kata atau bintang berkejaran?” Izzah
menduga. Mengerti teman seperjuangannya cintakan alam.
Durrah tertawa. Dia menyayangi
ukhuwah yang terbina sejak mereka di tahun pertama di universiti.
“ Kau tahu kenapa langit dan
kawan-kawannya sangat cantik?” Izzah memulakan bicara.
“Aku suka soalan kau. Sebab
ciptaan Tuhan tu banyak ‘ibrah buat penduduk bumi. Untuk kita belajar dan
bersyukur. Hah, amacam? Cun tak jawapan aku?” Durrah melihat reaksi Izzah
sambil buat muka comel.
Izzah ketawa kecil. Jawapan
sahabat baiknya itu terasa bersahaja.
“ Mana ada pendapat salah, cik
Durrah. Lagi, kau nak tambah apa?” Izzah bertanya kembali.
“ Aku nak tadah telinga dengar
pendapat kau. Cepat cepat.” Durrah tersenyum.
“ Entah. Jawapan aku macam kau
mungkin. Cuma, aku rasa Allah sangat banyak suruh kita belajar daripada alam.
Gunakan pancaindera kita yang Dia cipta tu. Maksud aku, melihat alam adalah
proses pembelajaran yang langsung daripada Allah.” Izzah memuntahkan
pendapatnya.
Durrah mengannguk. “ Takde butang
like dan share ke? Betul betul, aku suka idea tu. Kiranya macam tengok alam pun
boleh dapat banyak manfaat kan. Contohnya, macam bulan nun di atas sana. Tetap
patuh pada Allah sambil menerangi makhluk lain.”
Izzah terpesona. Subhanallah,
idea kau sangat menusuk jiwa, sahabat. Hati Izzah berkata-kata sambil melihat
sisi wajah Durrah. Hingga saat ini, dia sekali lagi bersyukur pada Yang Esa
kerana menemukan Durrah dalam hidupnya. Durrah, moga Allah mengurniakan kita
kasih umpama Ansar dan Muhajirin.
Bunyi pukulan ombak kuat di
pendengaran Izzah. Izzah tersedar. “ Ya Allah, tiap kali aku memandang langit
di waktu malam, aku pasti teringat Durrah. Sudah tiga bulan Durrah terbang ke
Maghribi menyambung Masternya. Dan tiap kali itu juga, aku teringat akan
kata-kata Durrah.”
Kau tahu kenapa alam ini sangat
cantik? Untuk kita ambil pengajaran bukan? Ya, betul. Untuk kita belajar
daripada alam. Maksudnya? Tidak mungkin alam yang indah ini sekadar fizikalnya
yang indah. Buat orang puji-puji semata. Bahkan, bagaimana alam ini patuh pada
perintah Tuhan di samping tugas mereka yang tidak henti-henti. Kau lihat
bagaimana mereka patuh pada perintah Allah dan seterusnya bermanfaat buat yang
lain. Bulan mengeluarkan cahaya sebagai panduan makhluk-makhluk lain dan begitu
juga tiap suatu makhluk bermanfaat buat yang lain.
Subhanallah, hebatnya
ciptaan Dia menjadikan sesuatu dengan tidak sia-sia. Begitu juga sebagai
seorang hamba kepada Dia, kita seharusnya senantiasa mempelajari apa yang ada
di sekeliling kita termasuk darpada dinding, lantai mahupun atap kepada alam ini.
Lihatlah dan terokailah alam ciptaan Yang Maha Kuasa ini. Sungguh, tidak Allah
jadikan penciptaan-Nya ini tanpa kita merasa apa-apa. Malah, orang beriman
sering sahaja merendah diri dan belajar daripada sekelilingnya. Kiranya seorang
hamba itu taat pada perintah Allah, dia juga pasti akan memanfaatkan hidupnya
pada kebaikan orang lain. Tidak mungkin taat dan taqwa itu tidak menampakkan
apa-apa hasil. Mudahnya formulanya. Patuh pada Allah menjadikan kita seorang
yang bermanfaat dan senantiasa merendah diri. Lihat sahaja alam yang terbentang
luas saujana mata memandang dan nampakkah kita bahawa alam ini menunjukkan
ketaatan pada Yang Maha Satu?
Belajarlah daripada alam dan jadikannya
manifestasi menambahkan amal, taqwa dan syukur. Sebagaimana Allah mengingatkan
kita dalam surah Al-Mukminun ayat 78 yang berbunyi, “ Dan Dialah yang telah
menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani tetapi sedikit
sekali kamu bersyukur.”
Moga kita terus menjadi hamba
yang belajar. Lillahi ta’la. Aamin.
"Tidak kira kita belajar diperingkat apa sekalipun, moga peroleh taqwa"
Itu; mahal untukku.
Mohon doa-doanya diutus,
Hamba Allah.
Wassalam.