Wednesday, March 21, 2012

Cukup

Bismillah.


Sungguh, Allah itu DEKAT.
"Dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat." (Al-Waqi’ah: 85).
"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaaf: 16)
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186).
"Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)." (Al-’Alaq: 19)

Bukan tidak boleh mengharapkan manusia.
Cuma manusia itu ada keterbatasan.
Allah itu sebaik-baik sandaran.
Biarlah Allah didahulukan dalam semua urusan. 
^_^
Selamat berjuang .
Wassalam.


Wednesday, March 7, 2012

Besar dan kecil

Bismillah.

Dari luar surau, ianya kelihatan sunyi. Dan rupanya, ianya memang sunyi setelah kaki melangkah masuk ke dalam. Tidak seperti waktu awal pagi. Maklumlah, waktu-waktu begini, kuliah dan tutorial memang penuh mengisi. InsyaAllah, dhuhanya mungkin selepas kelas ataupun senggang-senggang yang ada.

Seorang perempuan sibuk melipat telekung-telekung yang berselerak. Dia berseorangan. Dilipatnya agar menjadi lipatan yang kemas lalu disusun ke rak yang ada.

Perempuan itu biasa-biasa sahaja luarannya. Bertudung bawal dan bajunya panjang. Dan dia mungkin seorang junior berdasarkan pakaiannya. Namun, pekertinya telah menyentuh hati. Menyentuh hati orang yang di hadapannya ini. Yang juga sebenarnya orang biasa.

Tahniah, adik dah menyentuh hati akak :)

Touching.

Subhanallah, percayalah. Telekung itu sangat banyak!

Subhanallah, hebatnya perempuan itu.

Subhanallah, moga Allah merahmati dan menganjari kebaikan-kebaikan itu.

Meski hanya dengan melipat telekung-telekung yang berselerak.

Meski manusia tidak melihatnya

Namun, Allah menjadi saksi bahawa adik itu telah melakukan kebaikan. Memudahkan urusan orang lain.

Subhanallah, cemburunya!

***
Reflek pada diri
Jangan kita memudahkan urusan-urusan yang kecil
Kerana disebalik urusan-urusan itu
Ada ganjaran yang tidak terkata.

Urusan-urusan yang kecil
Yang mungkin tidak dipandang dunia
Namun, sangat besar nikmat di akhirat.

Laksanakanlah semua kebaikan
Yang kau fikir besar untuk ummah
Mahupun kecil sebelah mata
Kerana yang akan menganjari itu bukan manusia
Tetapi Rabb Pencipta kita.

Ayuh, terus melangkah :)

Wassalam.