Showing posts with label my journey. Show all posts
Showing posts with label my journey. Show all posts

Friday, August 23, 2019

Kalah-Menang-Kalah-Menang

Bismillah.

Bukan sekali saya minta Allah bantu saya agar menjadi yang semampunya. Benar, saya percaya bukan sempurna yang Tuhan pandang dan peduli. Bukan yang di luar keupayaan saya jua yang diminta Tuhan. Bahkan usaha yang disertakan mujahadah tinggi. Kan, usaha tak ni?

Bukan mudah untuk saya mengurus hal ini. Tiap kali terlajak pasti tangis menyesal. Tuhan, pandulah saya!

Buat saya, bermujahadahlah! Moga ini amal-amal yang diangkat, biizdnillah.

Menang untuk Tuhan, jom Nurul Akmal,
Puchong

Monday, January 22, 2018

Kembali

Bismillah.

Resfeber.

The nervous feeling before undertaking a journey; the restless race of a traveler's heart before the journey begins, when anxiety and anticipation tangled together.

Melalui hari-hari yang dirasakan sukar dan tanpa teman begitu meresahkan. Tidak keruan dan bimbang. Merasakan ujian melebihi kemampuan dan sukar dipikul seorang. Teruntuk atas segala perasaan, moga Tuhan sentiasa menenangkan saat berseorangan. Moga Tuhan anugerahkan segala rasa yang memampukan melalui perjalanan. Moga Tuhan sentiasa ingatkan bahawa kau hamba yang benar untuk diperteguhkan. Atas segala mendung dalam hati, moga Tuhan sentiasa tempat untuk kembali. Kembali memulangkan perasaan.

Tuhan sentiasa ada dan cukuplah Allah atas semua (:

Wassalam,
Bangi.

Sunday, January 21, 2018

Dua Insan Yang Bukan Mimpi

Bismillah.

Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun saya meninggalkan sepi kanvas putih ini. Bukan tidak rindu bahkan sering saja mengunjunginya lalu membaca tulisan-tulisan lalu. Entah, sukarkah komitmen menulis ini? Hehe. Semestinya, dalam tempoh yang panjang ini, terlalu banyak hal yang berlaku. Tahun yang sudah beranjak sudah tentu membawa saya juga dengan pelbagai peristiwa.

Untuk 2018 yang sudah 21 hari, moga kita semua menjadi yang lebih baik dalam segenap hal. Meski yang saban tahun kita perbaiki. Meski hal yang begitu kecil dan tidak begitu signifikan bagi orang kebanyakan, saya yakin kita punya begitu peluang yang luas untuk memperbaiki apa saja.

Juga, moga syukur yang bertambah. Ya, teruntuk saya yang sering lupa memaknai syukur, moga tidak menyampingkan syukur meski lambat. Belajar dengan syukur, besar ertinya, bukan?

Bahagia melebarkan rasa
Tiada ragu dan curiga
Dan bersabar sementara ada
Ku berserah walau telah nyata
Segala janji-janjiNya kalam yang indah

Ternyata ini bukan mimpi
Yang hadir sempurnakan erti
Semuanya sudah terlaksana
Ku fahami makna dan tujuan
Cintaku bukanlah suatu permainan

(Mirwana, Cinta Bukan Mainan)

Dua insan yang bukan mimpi yang direzkikan indah buat saya tahun lalu; Muhammad 'Afif bin Amir Husin dan Zayd Al-Ansori bin Muhammad 'Afif. Alhamdulillah thumma hamdulillah (:

Wassalam,
Bangi.

Sunday, February 26, 2017

Tujuan asal kita

Bismillah.

Betapa besar pun pemberian dan penghargaan mahupun apa jua harapan kita pada manusia lain, ianya bukan untuk mendapatkan pulangan yang sama bukan? Memberi kerna memang kita mahu memberi dan ianya sebahagiaan akhlak kita, benar kan? Walau mungkin sisi sisi manuasiawimu minta dikenang, namun Allah kan tujuan asal kita? Tuhan, ingatkan daku.

Teruknya perangai kalau dengar tazkirah kemudian salah kan orang, "macam orang tu." Astagfirullah, nurul. Dengar tazkirah untuk memperbaiki dirimu, nurul. Bukan ingat aib orang, kan. Moga Allah pandu, biizdnillah.

Dan ya, Allah tujuan kita, insyaAllah.

Wassalam,
JB.

Saturday, February 25, 2017

Lorong-lorong kecil yang sederhana

Bismillah.

Kesempatan tidak datang selalu.

Pagi itu, sewaktu mencuci pakaian di ruang basuhan mahallah (kolej) dan tangan masih licin dipenuhi sabun, saya terlihat plastik yang berterbangan di tiup angin. "Eh, plastik ni datang dari mana pula?". Oleh kerana tangan masih dipenuhi sabun, saya menangguhkan hasrat mengutip dan membuang plastik berkenaan walau berpeluang. Fikir saya, "sekejap lagilah, lepas habis basuh baju ni." Saya kembali menyambung fokus pada basuhan saya sehinggalah saya berpaling lagi kepada plastik tersebut, namun hampa. Plastik itu hilang sekelip mata dan saya pun tidak tahu siapakah gerangan yang mengutip plastik tersebut.

Entah, saya macam terkilan pula. Kerana saya merasakan, sayalah mungkin orang pertama yang melihat sampah itu berterbangan. Merasakan bahawa sayalah yang Allah telah beri peluang untuk berbuat kebajikan namun dek kerana menangguhkan hasrat meski boleh dimaafkan alasannya. Saya terdiam seketika memikirkan dan mengaitkan, "Agaknya, beginilah perasaan tatkala bila Allah sudah beri peluang, kemudian kita abaikan. Dan akhirnya, tiada lagi peluang itu lantas terkilan. Saya bagai membuat salah satu kesimpulan, bahawa beginikah Allah melorongkan seseorang hamba dan mengilhamkan dia berbuat baik. Sehingga begitu terpilih, masyaAllah! Lalu jika dia menangguhkan walau sekejap cuma dan peluang itu tiada, dia menyesal lalu berkata, "kenapa ya aku tak mampu berbuat yang lebih baik?"

Moga selalu menghargai peluang peluang yang ada; peluang berakhlak dengan lebih baik, peluang menghargai ramai orang, peluang memperbaiki diri dan banyak lagi. Dan Tuhan,  "ini juga mujahadah dan jalan jalan beribadah kepada-Mu, bukan?"

Wassalam,
JB.

Tuesday, November 22, 2016

Dia dan masih Dia

Bismillah.

Betapa kadang kita terlalu banyak khuatir. Hingga ianya banyak sekali meragut kepercayaan kepada Tuhan dalam ketidaksedaran. Hingga lupa sangka baik pada Yang Menciptakan. Hingga kita menyandarkan semuanya berdasarkan usaka kita semata. Tidak, nurul. Tidak. Kita hanya berbuat dan berusaha yang paling baik, juga doa dan tawakkal yang terbaik. Selebihnya urusan Dia. Dan benarlah, selagi kita berharap pada Dia, tiadalah yang perlu kita risau dan khuatirkan. Lillahi taala.

Tuhan, rezekikan kami malam malam yang panjang.

Wassalam,
Gombak.

Tuesday, November 15, 2016

moment #3 : Seindah senyum

Bismillah.

"God never promised you days without pain
Laughter without sorrow
Sun without rain
But He did promise strength for you every day."
         ("Warrior//Worrier", Outlandish)

Wassalam,
Gombak.

Sunday, October 30, 2016

Sebuah kehidupan yang lebih besar

Bismillah.

Kemuncak hari semalam sepanjang saya ke Seminar Bahtera Cinta dan kemudian ke katibah adalah pengisian malam itu yang menyentuh mengenai tadhiyyah (pengorbanan).

"Kenapa setelah faham, ikhlas dan amal, kita tidak mampu lagi melakukan perubahan? Adakah kerna masih kurang pengorbanan, wahai Tuhan? TT"

"Adakah kerna perngorbanan yang belum sungguh sungguh? Dan dalam kehidupan kita yang sekejap ini, yang paling saya takuti, adakah saya tidak berkorban kerana cinta saya pada Allah belum sempurna dan sungguh sungguh?"

Saya menahan sebak. Allahu Allah.

Moga cinta untuk beramal terus hidup. Kerna benar sama sekali, semangat untuk beramal itu lahir daripada cinta pada Allah. Makin cinta dan makin berkorban.

Dan Tuhan, nak bawa amal outstanding mana untuk menghadap Mu nanti?

Akhirnya; sebuah kehidupan yang lebih besar; syurga. Syurga lebih besar daripada diri kita, harta kita, masa kita dan segala galanya.

Kuat dan pandulah, kami Rabb!

Wassalam,
Gombak.

Wednesday, October 26, 2016

Saling rahsia

Bismillah.

Betapa begitu baik Allah pada saya yang mengizinkan pertemuan pertemuan yang bermakna. Yang saya begitu menghargai setiap satunya. Betapa Allah begitu pemurah pada saya yang merezkikan rezeki terbaik dan tepat buat saya. Yang saya sama sekali begitu mensyukurinya. Betapa Allah sangat kasih akan saya yang membuka lebih luas jalan jalan kebaikan dan pintu pintu kebahagiaan buat saya. Yang secara tidak langsung mengajari saya hal yang banyak. Dan betapa Maha Hebatnya Allah yang sentiasa dekat dengan saya, mendengar segala yang saya tuturkan dalam senyap mahupun terang. Dalam semua hal yang tiap satunya saya butuhkan Tuhan, dan sungguh. Allah menjawabnya dengan cara yang tidak tersangka dan luar biasa.

Moga Allah terus merezkikan yang terbaik, sentiasa memimpin juga meluruskan dan moga perjalanan perjalanan ini; untuk Allah atas segalanya.

Moga usaha, doa dan tawakkal juga sentiasa menumbuh. Menumbuh paling subur, biizdnillah!

Redhai, Tuhan.

Wassalam,
Johor Bahru.

Tuesday, September 6, 2016

Meneladani air

Bismillah.

"Look at the things around you now. Which one has the strongest quality of resistance, that is survive in spite of any situation?"
"It is water, son." 
"Why?"
"Because water is transparent yet unpredictable. Simply shaken, but undivided.The sea, for example, looks really calm on the surface, at times, so immaculate like it conceals nothing. Only by delving into its depths, one discovers its enthralling secrets like enormous treasures, and even have grave, mysterious creatures the eyes have never seen before. It may look friendly and welcoming, but when the time comes, it can surge with rage and cause great damage to the earth..." 
"So, son. You should always be like water. Stay strong."

(page 301, Bits of Heaven, Aishah Madadiy)

Dan begitu juga pesan kawan baik, bahawa belajarlah menjinakkan laut kerana titipannya;

" A smooth sea never made a skilled sailor".

Untuk September 2016 dan bulan bulan seterusnya yang mungkin berlalu sangat pantas, moga Allah terus membimbing saya (kita) menjadi yang terbaik. Seperti air barangkali. Mungkin sekuat air, mungkin setenang air, mungkin seperahsia air, mungkin seindah air, mungkin setaat air dan apa saja sisi sisi alam yang kita peroleh banyak manfaat daripadanya. Ah, kau bisa meneladani apa saja dong!

Oh ya, semester akhir di Gombak ini insyaAllah, moga saya terus menghargai nikmat Tuhan yang banyak sekali, yelah nanti rindu eheh ;p

Moga Allah mudahkan kita (;

Gombak,
Wassalam.


Monday, August 1, 2016

Misteri

Bismillah.


"The mastery of sabr is the mastery of iman"


Saya yang jujurnya merindukan Ramadhan. Dan adakah yang sebenarnya saya rindukan itu adalah sisi sisi Ramadhan yang mengesani dan mengajari saya. Salah satunya adalah untuk bersabar dalam sekecil kecil hal yang mengundang ketidakselesaan hati mahupun hal hal besar yang menggoyah kesabaran untuk pergi. Bersabarlah nurul (kita) dalam apa jua keadaan, biizdnillah! (16:127)

(:

Wassalam,
Johor Bahru

Sunday, May 29, 2016

Takut

Bismillah.

"Akak, cuaklah exam taalil qias ni."

"Kmal takut sebab kmal target A. Biasanya macam tu lah. insyaAllah, you can do it."

Dan di suatu hari sewaktu menyelak helaian nota dan terjumpa catatan kecil;

"Tamak. Tamaklah dalam memohon ampun pada Allah."

Entah apa syarahan Dr Hassan ketika itu hingga saya mencatatkan sebaris peringatan itu di atas buku nota. Saya percaya, ilham ilham Allah selalu saja datang pada waktu tidak terduga. Paling banyak misalnya ketika sedang mendengar (;

Saya berbisik sendiri;

"Dengan Allah, target A jugakkah, nurul?"

Ampuni aku (kami), Tuhan, luruskanlah kami dan rezkikanlah kami dengan Ramadhan TT.

Wassalam,
Gombak.

Thursday, May 26, 2016

Masih

Bismillah.

Ramadhan akan tiba. Dan kita masih seperti apa?
اللهم بلغنا رمضان  

Wassalam.



Wednesday, May 18, 2016

Sebuah entry yang tertangguh dan refleksi (lagi) buat perempuan dua lima

Bismillah.

satu.


حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِى سَعِيدُ بْنُ أَبِى سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ : تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
رواه بخاري 5090


Sewaktu kelas hadis dan kami membicarakan sebuah hadis berkaitan kriteria kriteria calon pilihan hidup, pensyarah kami secara rawak bertanyakan kepada beberapa orang pelajar lelaki tentang kriteria pilihan mereka. Sekiranya diberi empat pilihan, yang manakah yang menjadi pilihan mereka. Antara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Kelas sunyi menunggu jawapan daripada pelajar lelaki pertama.

"Kecantikan." kata lelaki itu.

"Kalau boleh, semua." lelaki seterusnya menjawab.

Saya senyum. Saya akui semua manusia sangat menyukai kecantikan. Bahkan Allah juga sangat sukakannya. Percayalah, fitrah manusia sentiasa mendorong kita untuk memilih yang menyamankan mata dan indah dipandang. Namun dalam diam, saya sendiri bermuhasabah petang itu. Tentang bagaimana janji ar Rasul saw tentang calon pilihan hidup ini. Bagaimana Baginda secara serius telah menyarankan sesuatu di hujung hadis itu. Saranan yang Baginda tidak katakan di kriteria yang lain melainkan kriteria "agamanya". Ya, saya juga mengambil intipati hadis ini sebagai saya seorang perempuan. Betapa Baginda mengerti!

Hadis itu mengingatkan saya bahawa Allah pernah mengatakan bahawa taqwa adalah nilaian dan ukuran manusia di sisi Allah (49:13). Menjadi yang terbaik dalam pandangan Allah bukan sekadar untuk kepentingan individu; hamba dan Tuhan. Bukan sekadar peribadi sendiri dan tidak mengesani hal lain. Bahkan, menjadi yang bersungguh sungguh di sisi Allah adalah kerana, manusia yang komited pada agama bakal mewarnai kehidupan di tangga tangga kehidupan seterusnya khususnya perkahwinan (dalam konteks ini) dan mencorak perjalanannya insyaAllah. Bukan pada harta, keturunan dan paras rupa. Saya akur pada itu. Saya akur bahawa aspek agama bukan untuk sendiri sendiri, namun kedekatan dan ketaatan pada Allah telah menjadi kriteria utama dan saranan Nabi saw dalam pemilihan calon hidup kerana bahkan Baginda mengerti untuk diri sendiri sahaja, taqwa adalah yang diutama, apatah lagi nak memilih pasangan dan membina keluarga. Kita mahu keluarga yang diberkati, cita citanya, insyaAllah kan?

Dan saya percaya, definisi cantik itu luas. Terpulang kepada siapa yang memberi makna dan menilainya. Semua makhluk Allah itu, indah bukan? Cuma yang benar benar menenteramkan dan menjadi qurratu a'yun (penyejuk mata) dan tentu jiwa itu biarlah yang terpilih. Cantik luarannya sahajakah? Bagaimana definisi cantik saat dia muda dan punya segalanya. Atau berubahkah hati saat dia menua. Itu semua terpulang kepada kita. Kerana akhirnya, kita yang memilih dan bertanggungjawab pada pilihan kita, kan?

dua.

Alhamdulillah, dengan nikmat yang Allah telah rezkikan, hingga saya masih mampu bernafas di bumi Tuhan pada usia 25. Terasa begitu janggal menyebutnya. "Eh semalam macam baru habis form 5" ;p. Dan begitulah masa yang telah berlalu. Banyak benar hal yang saya mahu muhasabahkan di usia yang makin meningkat. Masih terngiang ngiang tafsir surah al 'asr tempoh hari. Betapa saya merefleksi diri di angka dua lima ini, betapa banyak kerugian yang telah saya lakukan. Astaghfirullah TT. Betapa banyak masa yang sia sia. Banyak juga yang saya boleh perbaiki agar tidak merugi. Masa. Itulah yang saya tidak boleh dapatkannya kembali. Begitu banyak masa yang kita miliki dan yang telah berlalu namun tidak bermanfaat. Inilah. Inilah antara kerugian besar bagi seorang saya. Moga muhasabah ini sentiasa menjadikan kita lebih baik ya, insyaAllah.

tiga.

Dunia dan tarikannya. Saya ada saja bercadang untuk menghentikan akaun instagram dan twitter saya (atau fb juga? ermmm). Entah, saya merasakan bahawa tarikan media sosial begitu kuat untuk saya. Dari satu halaman ke satu halaman yang lain. Melihat itu dan ini. Sehinggalah saya sedar dan jujur menyedari bahawa saya seakan akan terikat dengan akaun akaun itu. Untuk manfaatkan ya? Betul ke saya mampu? Luruskah niat saya itu apabila tumpuan saya kadang dicuri. Ah, betapa saya serius memikirkan ini. Serius, saya penat. Penat untuk terikat dengan hal yang saya rasa sederhana manfaatnya namun memberi kesan untuk jiwa. Yang paling sedih adalah; apakah saya begitu banyak masa (rupanya)? Alahai nurul, selamat merefleksi diri dan berubah. Ramadhan nak datang ni!

empat.

Dan lagi, saya melihat lambakan mutabaah amal yang pelbagai. Saya merasakannya begitu menarik. Namun satu hal yang saya perasan tentang saya, saya mula menyoalkan adakah target target ibadah yang dilakukan hanya sekadar menjadi ritual aktiviti harian dan di atas kertas. Benarkah? Adakah ianya sasaran yang tidak memberi makna. Kosong tanpa jiwa merasakan apa apa. Sepi dan kering tidak membasahkan iman. Sekadar penyedap hati kerana tercapainya target target yang disasarkan. Tipu belaka. Entah, sudah tibanya untuk saya kembali memikirkan. Adakah apa yang saya lakukan ini benar benar diresapi hati. Benar benar buat jiwa jadi tawaduk dan sungguh sungguh membawa saya kepada Allah sehingga anggota badan, pancaindera mahupun hati saya merasai suatu tenaga yang luar biasa. Sehingga kesan merasai kedekatan dengan Allah buat saya menjadi yang lebih baik dengan manusia, buat saya bersungguh sungguh dengan apa yang lakukan. Itu. Itulah rasa yang buat saya refleksi. Menghargai sebuah rasa. Usahakanlah, nurul. Moga jumpa apa yang hilang itu, biizdnillah!

lima.

Jalan yang saya (kita) impikan; jalan yang dilimpahi keberkatan dan keredhaan Tuhan. Adakah saya mampu menjadikannya kenyataan atau sekadar cita cita yang tidak diusahakan? Dengan kekhilafan diri yang sekadar beriya iya mengimpikannya namun mengulang ulang hal yang sama, oh bagaimanakah ini? TT. Maafkan dan ampuni saya Tuhan, kerana masih lompong dan gagal dalam mengotakan janji. Masih tidak beramal dan hanya sekadar banyak bercakap. Ah, pedihnya untuk saya! Moga Allah mengampuni saya, terus memberkati dan memudahkan urusan urusan ini. Untuk kesekalian kali, saya masih bercita cita hal yang sama. Moga Allah rezkikan yang paling baik, paling berkah, manis dan menenangkan insyaAllah. Jom usaha!

enam.

Akhirnya, sebelum sampai ke Ramadhan insyaAllah (Allah, sampaikanlah kami), sekadar sebuah lagi refleksi untuk saya, target apakah di bulan syaaban ini? Jangan tangguh kebaikan, nurul. Nanti merugi. Moga kita tidak merugi, walau sebelum Ramadhan tiba insyaAllah.

Ok, panjang rupanya. Allah, berkati kami dan bantu kami dalam urusan urusan kami.

Why so serious? Senyum sikit dengan Allah (;

Wassalam,
Gombak.

Monday, May 2, 2016

#peopleofrejab (ii) dan refleksi bulan mei

Bismillah.

satu.

Saya yang kebiasaan memilih gerabak lrt yang paling depan dan memilih tempat yang paling tepi tatkala keluar bersendirian meneruskan kebiasaan itu Jumaat lalu. Saya akur bahawa saya berdepan dengan pelbagai cabaran dan kerisauan kiranya keluar berseorangan. Namun saya juga maklum bahawa saya tidak mampu untuk mencari teman dalam segenap hal ketika berpergian melainkan dua makhluk di kanan dan kiri yang mencatat. Satu hal yang saya sedar akan diri bahawa saya berani bersendirian keluar sebegini setelah izin diperoleh dan merancang perjalanan dengan baik daripada memandu kereta. Ya, itulah ketakutan seorang nurul. (Bajet berdikari lah sangattt ;p)

Perjalanan saya petang itu baru bermula. Saya membalas beberapa WhatsApp penting sebelum berniat menghabiskan bacaan tilawah yang belum selesai. Seorang saudari yang saya kira juga dari uia secara perlahan bertanyakan pada saya soalan,

"sister ok ke duduk sini seorang? saya nak keluar sekejap lagi." 

Saya sedikit terkejut dengan soalan yang ditanyakan namun gembira dan syukur dengan keprihatinannya. Baru saya menyedari, akan tiada perempuan yang duduk berhampiran saya melainkan beberapa lelaki selepas saudari ini keluar nanti. Saya risau juga kerana selalunya memang akan ramai perempuan yang memilih untuk berada di gerabak hujung namun tidak hari ini. 

"oh, ok insyaAllah. terima kasih."

Saya berfikir untuk mencari tempat lain nanti. Saya menyedari akan banyak mata yang memandang nanti tatkala saya berseorangan dan mana mungkin saya menutup pandangan mereka. Maka, menjaga diri sebaik baiknya daripada menjadi tempat tumpuan pandangan lelaki mahupun menjadi tumpuan ketika berseorangan adalah tanggungjawab saya sebagai seorang perempuan mukminah insyaAllah. Bukan sekadar pakaian, hijab mahupun akhlak, namun menjaga diri supaya keluar daripada peluang peluang mereka melihat dan memerhati. Terhindar fitnah, saya kira. Sekurang kurangnya, saya fikir saya perlu sangat berusaha menjaga diri tatkala keluar berpergian seorang diri. Aurat dan maruah saya adalah tanggungjawab saya, insyaAllah. Itu. Itu janji saya untuk memelihara diri walau di mana jua. Moga Allah terus melindungi dan memberikan basirah-Nya untuk saya (kita), sentiasa insyaAllah.

Teruntuk sister itu, terima kasih kerana prihatin dan bantu saya menjaga diri. Terima kasih juga untuk yang sentiasa mendoakan dan mengambil tahu.

dua.

"akmal, nti nak beli buku apa? nak tengok list."

Musim pesta buku. Dan begitu banyak buku buku yang menjadi idaman, maka seharusnya buku menjadikan kita seperti apa?

Mencabar bukan?

tiga.

Syukur diberi peluang mendengar dekat perkongsian Ustaz Salim A.Fillah.

"berkah itu tentang rasa."

"berkah itu rezeki meski hanya kemampuan bertahajjud."

Dan ya, saya mengimpikan keberkahan dalam apa jua urusan urusan hidup ini dan saya tahu, saya perlu mengusahakan keberkahan itu. jom bareng insyaAllah!"

empat.



hai perempuan mei, moga jaga diri dan sederhana hingga menang ya, biizdnillah.

lima.

Moga berezki berjumpa Ramadhan. Erm, sudah lama ke tidak menangis sewaktu berdekat dekat menelusuri bacaan bacaan Quran dan maknanya? Bila ya nurul kali terakhir itu?

Moga terus panjang panjangkan doa. Sehingga doa itu yang menjadi kecintaan daripada hasil doa.

Jom terus doa (:

Wassalam,
Johor Bahru.

Friday, April 15, 2016

Buku #4: Bedtime Stories.

Bismillah.

Bacaan lama yang menarik.


Muka 215, Lelaki Terakhir Menangis di Bumi, Musa Nuwayri.


Duhai Hassan, dunia ini belum aman buatmu. Teringat pesan Allah, dunia ini bagaikan permainan (29:65). Permainan sehingga mereka memainkan erti kemanusiaan. Moga Allah terus jadikan kita golongan furqan (9:29), biizdnillah.

Wassalam,
Gombak.

Sunday, April 10, 2016

Nurul Akmal;

Bismillah.

Kerana cita cita saya (kita) adalah perjalanan yang paling diberkati insyaAllah, moga saya tidak lupa menyiapkan juga tentang;

"Menyiapkan hari kematian."

Dan malaikat;

"Tolong catat yang baik baik ya." 

Diam diam menjaga diri. Diam diam mempersiapkan diri, biizdnillah.

Rezkikan kami dengan Ramadhan, wahai Tuhan. Happy Rejab, everyone!


Wassalam,
Gombak.

Tuesday, April 5, 2016

Awal April

Bismillah.

satu.

Hantaran 15K, kisah tudung sebuah butik antara yang laju diperkatakan beberapa tempoh ini selain GST, penyalahgunaan kuasa, korupsi, bauksit yang sudah tenggelam, kisah kisah masyarakat yang harus diperjuangkan, ummah yang tidak berhenti menderita. Ramai sekali yang berkongsikan pendapat dan pengalaman. Moga saya belajar sesuatu daripada apa yang terjadi. Dan ya, marilah dahulukan Tuhan dan bersederhana. Bukankah segala sisi sisi hidup dan mati untuk Allah? Terlalu klise ke di pendengaran dan pembacaan sehingga saya mungkin tidak mampu terjemahkan dalam bentuk aktiviti harian? 

dua.


"akak, kenapa kita kena memberi?"
Kisah di suatu bulatan.
#inspirasikita


tiga.


Perempuan dan bacaan Aprilnya yang entah sempat atau tak.

Sebuah rasa percaya yang dibina dalam dan diletakkan tinggi pada-Nya. Apa jua yang di hadapan, saya mahu gagah menghadapinya (padahal kadang takut, penat, sangsi, sedih, nangis dan macam macam lagi) insyaAllah. Menyiapkan diri untuk segala hal dengan segala kekuatan yang dibekalkan Tuhan. Biarlah. Biarlah Tuhan yang melebihi segala rasa. Biarlah penjagaan Tuhan tidak meragukan saya. Biar apa pun yang terjadi, saya tetap percaya pada Dia. Jika sudah percaya, adakah lagi ruang ruang kesangsian?

Teruntuk saya, sukarkah menjadi puteri nabi syuaib di zaman ini? Moga terus menjadi kesayangan Tuhan, Nurul. Serius, malu, taqwa dan menjadi qurratu a'yun pada yang berhak insyaAllah.


Wassalam,
Gombak.

Saturday, April 2, 2016

Moment #2: Drown your sorrows in sujood.

Bismillah.


Hello from the other side

I must've cried a thousand times
wanna tell You I'm sorry for everything that I've done
When I call I know that You'll always be there
Hello from the outside
I will never say good bye
My Lord I love You for everything that You've done
You saved me, from life
It doesn't tear me apart anymore


Allah I know You hear me
Cause You closer than my pulse which is running through my veins

Hello; Adele (Muslim version by Omar Esa).

"Drown your sorrows in sujood. As you talk to ground, it's heard in the heavens."
Quoted.


Astaghfirullah TT

Wassalam,
Gombak.

Wednesday, March 23, 2016

Buku #2: مقاصد الشريعة في ضوء فقه الموازنات

Bismillah.

Percubaan saya membaca penuh sebuah kitab arab yang sangat nipis dan membuat review tentangnya. Sungguh, dengan bahasa arab saya yang dhoif TT, agak sukar menterjemah perasaan dan rasa tatkala membacanya. Namun alhamdulillah masih gagah meneruskan cita cita walaupun rupanya hasil review itu tak boleh di copy paste di halaman ini dan sepertinya blogger tidak mesra dengan tulisan arab.

Alhamdulillah, kerana terus memberikan saya kekuatan. Jujurnya, saya bukanlah individu yang mahir dalam bidang usul fiqh ini. Terlalu luas ilmu ini dan saya mungkin hanya sekelumit daripadanya yang direzkikan Allah untuk belajar serba sedikit mengenainya. Bidang ini menuntut saya memahami dan menguasai bahasa arab dengan baik namun saya sendiri masih terus belajar tentangnya. Cuma yang boleh saya katakan, jiwa saya mencintai bahasa ini walau saya tidaklah begitu mahir bercakap, menulis ataupun memahaminya 100%. Masih banyak lompong lompong saya dalam perjuangan menuntut ilmu ini. Saya sentiasa perlukan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih arif dan pakar. Mohon maaf saya hulurkan jika terdapat bahasa yang tidak sengaja saya silapkan atau salah kefahamannya. Oleh kerana saya tidak boleh copy paste hasil dapatan saya tentang isi kandungan buku ini yang saya catatkan panjang lebar, maka saya kongsikan serba sedikit komentar saya yang sangat ringkas tentang buku ini;


حصلت فرصة لأراجع كتاب بموضوع  مقاصد الشريعة في ضوء فقه الموازنات لكن فقط أركز عن تعقيب على أفكار الكتاب الرئيسية في هذا الوقت


بعد أن عرضت أهمّ الأفكار التي وردت في الكتاب سأقوم بالتعقيب للكتاب. وعليه، فسأذكر هذه
: التعقيبات الرئيسة كالآتي

في رآي، على الكاتب لا بد يبدأ كتابته ببيان معنى مقاصد الشريعة وفقه الموازنات قبل
.يذهب إلى باب آخر. هذا بيان مهم في مقدمة لإظهار أو إستفهام القارئ

أقترح أن لكل المطلب عنده خلاصة موجزة من رأي الكاتب لأن يوجد كثير من تقسيمات
.ومهم ليكون علاقة بين تقسيمات

أن أفضل لهذا كتاب إذا يوجد باب الخاتمة فيه رآي الكاتب عن مضمون لجميع المطالب
.وأمله من هذا الكتاب لدي المجتمع

الكاتب يستخدم لغة سهلا وموجزا وواضحا للقارئ وأي الناس يريد أن يفهم مقاصد
.الشريعة

.إذا يوجد مثال المتأخرين أو فتوى معاصرة في باب مناسب سيكون أفضل للقارئ

إذا الكاتب يزداد قول العلماء المتأخرين وكيف تحقيق مقاصد الشريعة في ضوء فقه الموازنات
.مع نظر إلى فقه الواقع

إذا المؤلف يستطيع أن يكتب عن إقتراهات دور أهل المجتمع لتحقيق مقاصد الشريعة في
حياتهم بالعلم. هذه إقتراهات يمكن أن يدفع المجتمع كلهم لأن كثير من الناس يستعملون علم
.مقاصد الشريعة خطأ

Moga Allah terus rezkikan dengan kefahaman yang benar dan saya lebih bersemangat membaca kitab kitab arab insyaAllah.

Wassalam,
Johor Bahru,