Sunday, November 17, 2013

Masih di situ

Bismillah.

Blog yang berhabuk. Moga bukan quran kita yang berhabuk. Moga bukan hati gelap kelam. Buat yang masih membaca, terima kasih :)

Demi Allah, hari ini aku sungguh terkesan. Dengan teguran Allah. Dan itu cukup membuatkanku mataku basah. Terima kasih, Allah atas peringatan.














Diam.
Sendiri.
Biar bercakap dengan arRahman.
Tinggalkan aku sebentar.
Rabb, ampuni aku.
Astaghfirullah, Tuhan.
Pimpin aku.
Jangan tinggalkan aku.
Rahman masih di situ.









:)
Islah nafs.

wassalam.

Tuesday, October 15, 2013

Jujur

Bismillah.

Bidang tulisan bidang yang aku cintai sejak dahulu. Cuma, ternyata untuk menulis secara formal di khalayak umum sangat menggetarkanku. Entah, aku cuma takut pada Dia.

Yes.

Kau takut ke? Menulis saat seluruh anggotamu menjadi saksi. Sedangkan saat kau tidak menulis, anggota tetap menjadi saksi. Sama sahaja duhai hamba Allah. Kau menulis atau tidak, tetap Dia menjadi saksi. Ada dan sentiasa ada.

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka untuk memberitahu Kami kesalahan masing-masing dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa dulu yang mereka lakukan." Yaasin:65

Allah, jujurnya aku memang takut. Takut menulis sesuatu yang aku tidak kerjakan. Takut Kau tidak menyukainya. Namun Tuhan, aku berusaha. Aku berusaha memperbaiki diriku dan aku tahu Kau di sisiku. Bantu aku, Allah.

Rabb, cukup Kau ada di sisi. Buat aku si budak kecil yang ingin selalu mengadu. Segalanya. Tentang pelajaranku, tentang dntku, tentang pembacaanku, tentang semuanya. 

Oh ya. Ya Rahman, thesis memang paling mencabar kekuatanku. Membaca membaca dan membaca. Moga Kau tetap thabatkanku di rimbunan kesibukan aku menyiapkan kewajipanku. Moga aku makin kuat dan istiqamah, Tuhan.

Tetap jujur dengan Kau wahai Allah
Borang itu? Nanti dulu boleh?

Wassalam.
Perempuan membaca. Iqra.
Durrah Wafa'

Tuesday, September 3, 2013

Teruskan lagi

Bismillah.

"Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya daripadamu. Sampai fikiranmu, sampai perhatianmu, berjalan, duduk dan tidurmu. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cinta".

Membaca tulisan ini buat seluruh tubuhku seram sejuk. Mungkin sedikit menggeletar. Kerana bagiku ianya luar biasa. Kerana menjadi rijalud dakwah itu memerlukan kau beri semua. Semua. Bahkan kehidupan kau sekalipun.

Berilah apa yang kau mampu. Nanti Allah ganti. Tak percaya?

Weh, mata masuk habuk!

Dan ianya bukan angan-angan. Apatah lagi kisah dogengan. Ianya perlu kau perjuangkan. Iya, seriyes bhai! Perjuangkan dengan amal. Baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah. Baru kau tahu sakit itu bagaimana. Baru kau tahu erti pengorbanan itu bagaimana.

Tuhan, pengorbanan itu mungkin tidak setanding langsung dengan mereka-mereka yang memperjuangkan agama-Mu. Dengan kebesaran-Mu, dengan kasih-Mu, terimalah amal-amal ini. Rabb, moga Kau pandang amal ini.

Ukhti,

Aku minta maaf. Aku memang bukan bidadari. Aku memang sedang mencuba lagi. Mohon kau sudi tunggu aku.


Awak,

Selamat menjaga hati dengan tanda itu. Dia mungkin bukan pilihan hati. Tapi dia pilihan Allah yang tepat. Title soleh bukan pada bidang yang dia ambil. Soleh itu pada pekerti, tingkah laku, bicara dan amalnya. Kau sudah istikharah. Jangan risau, saya pasti kirimkan doa :)

Aku,

Tahun 4 bakal menjelma, insyaAllah. Pohonlah pada Allah, agar kau kuat harungi semuanya. Dakwah dan tarbiyah yang kau sayang. Pelajaran, ilmu, thesis yang membahagiakan. Library terlalu sejuk buat aku dan kadangkala mengantukkan. kuikui. Tapi itulah anugerah Tuhan pada kau. Sila cintakan ilmu. Kau tiada masa lagi hendak berdondang sayang. Dengan lambakan buku yang kena baca, hafazan lagi cik kakak, ziarah hadek-hadek lagi. Sangat banyak, tahu? Rabb, mudahkan aku. Redhai aku. Bolehlah rancang nak sambung master gimana ya. InsyaAllah :)

Kakak,

Borang itu buat aku berdebar. InsyaAllah, aku pohon pada Allah agar aku boleh penuhinya bila aku benar-benar bersedia. Benar-benar yakin dengan istikharahku. Rabb, bantu aku.


ArRahman,

Syawwal bakal berlalu pergi. Tapi kenapa air mata ummat ini tidak dibawa sekali? Aku tidak tega Tuhan melihat mereka dipijak tiada maruah. Mereka manusiakah, duhai Allah? Bantulah kami, Allah. 

Tunggu. Berusaha dan berdoa lagi. Tidak mahukah kau melihat Islam yang telah jatuh bangkit kembali bangun lagi? Tidak mahukah kau bersama dengan golongan sedikit yang perjuangkan Islam? Malukah kau ikhtiar lagi? Belum sampai masanya lagi. Cuma pastikan, kaulah pendokong kejayaan Islam. Walau apa jua caranya. Kau harus juangkannya. Harus, ukhti!

Be strong, ok?

Dia kata ayat aku suka sangat romantis. Jiwang. Erk, heh. Aku suka dengan cara kau. Dan aku tahu kau pasti hargai aku bagaimana. Aku dengan gaya Abu Bakar. Kau dengan cara Umar. Indah bukan? Ukhuwah ini tidak membunuh potensi. Bebas. Asalkan ianya sampai hati :)

Wassalam.
Moga Raqib juga tersenyum.

Tuesday, June 4, 2013

Gopoh

Bismillah.

Beberapa tahun lalu, dan sejak terilham untuk tahu produk-produk yang harus diboikot oleh penduduk alam semesta, hati terus berkira-kira nak tukar atau tak ke produk demikian. Al-maklum, kalau berbelanja, memang selalunya kuasa veto ada di tanganku. Ibu selalunya setuju sahaja apa jua barang-barang yang sesuai untuk rumah.


Tukar! Tukar! Tukar! (eh, sensitif ke?)


Tak boleh jadi ni. Nak ikut kata nafsu, memang takkan habis. Kena tukar jugak produk lain yang tak boikot ni. Mana mungkin jenama produk fofular yang boikot itu tidak kuingat. Terus masuk dalam hati dan ingat hingga kini.


Please, tolong jangan mengada-ngada!


Saat hendak memilih, aku meminta izin ibu. Puan besar. 


"Ibu, boleh tak kita cuba jenama ni pulak?"


Aku menerangkan panjang lebar kenapa aku tidak mahu lagi memilih jenama yang sama.


Yeah, ibu bagi green light. Alhamdulillah, lepas stage pertama. Fuhh, lega :)


Bismillah, aku mengambil jenama baru itu. Aku tidak tahu bagaimana rasanya, namun aku bertekad. Aku harus memulakan langkah. Sila kuat! Allah, kuatkan aku.


Saat sampai rumah, aku teringat pula bagaimana pula reaksi ayah. Ayah suka tambah perisa coklat dalam susu. Kalau perisa coklat ni tak sama macam selalulanya, ayah ok ke nanti? Aku berkira-kira dan memikirkannya dalam. Erm.


Allah itu sumber pertolongan.


Setelah ku ulang perkara yang sama pada ayah, angah dan adik, mereka semuanya ok. Seronok, alhamdulillah. Lagi-lagi ayah. Ayah memang tidak cerewet. Minum sahaja apa yang ada. Syukur, heroku begitu!


Nah, kini tiba giliran aku membancuh minuman tersebut. Riak mukaku berubah. Seingat aku, aku memang berkata, "Kenapa rasanya macam ni? Tak sedap."


Astaghfirullah. Geleng kepala.


Aku menyabarkan diriku. Menahan seleraku agar tidak terikut-ikut nafsuku. "Wei, namanya pun lain. Mestilah rasanya pun lain. Kata nak boikot. Kenalah kuat!" Aku selamba mengingatkan diri sendiri. Kuat, bhai!


Dan lafaz hamdalah tidak berhenti hingga kini, akhirnya melepasi stage merasai mujahadah itu. Seronoknya, bersama keluarga terchenta. Jujurnya, awal-awal perubahan itu memang payah. Tapi, kiranya kita merasai kesengsaraan ummat Islam lain, maka tidak mungkin kita sangggup melebihkan diri kita. Tidak sanggup, duhai Allah.

Terima kasih, Allah. Berikan peluang kepada kami untuk membantu Palestin dan ummat Islam yang lain.

***
Dai'e dan perubahan,

Kau perlukan masa dan tekad yang kuat. Untuk melakukan perubahan, jangan tergesa-gesa memaksa si dia. Berikan dia masa dan ruang untuk menjiwai perubahan itu. Kau daie bukan kilang lahirkan barang. Kau lahirkan generasi terbilang!


Wassalam.


1. Jumpa anda-anda di MyGMJ jumaat ini, insyaAllah.

2. Fatrah imtihan, bittaufiq wannajah :)
3. Dup dap, dup dap--Ramadhan ^^

Thursday, May 2, 2013

Celah

Bismillah.

"Qowiy"


...

...
...

Andai kau tahu,

Dalam diam aku menahan sebak.

Andai kau tahu,

Dalam diam aku tertunduk malu.

Andai kau tahu,

Dalam diam aku menahan rasa.

Kerana semuanya ini milik Allah.
Malunya aku pada Allah, ukhti.
Kiranya bukan Allah yang memberikan aku jalan-Nya ini, tidak mungkin kita saling mengenali.
Kiranya bukan Allah yang memberikan aku semangat, tidak mungkin kau lihat aku di jalan ini.

Dan semuanya kerana Allah, ukhti.
Kerana Allah adalah segala-galanya.
Yang menjadi punca kenapa aku di sini.

Izin Dia, ukhti.
Aku tidak miliki apa-apa.
Maka tidak layak kiranya aku dipanggil dengan nama itu.
Kerana Allah yang meletakkan aku di jalan ini.
Allah

Allah
Allah
Terus doakan aku,
Moga aku hebat bukan dalam kalangan manusia.
Namun hebat dalam pandangan Allah.


Wassalam.

Berdebar-debar menanti PRU. Please, make dua.