20 tahun~ Rasa macam baru semalam SPM…Syukran Muna Majidah~
Usia itu membuatkanku malu terhadap diri sendiri.
Apakah harta yang kumiliki yang akan dipandang oleh Allah kalau bukan amal ibadah dan ketaatan?
Media oh media~
Blog
Sekadar mencuba-cuba suatu ketika dulu. Nak trylah buat. Siap beli buku lagi! Rupa-rupanya kat buku tu,tak berapa banyak sangat membantu. “la,ni je ke ada kat dalam buku ni?” Erm, last-last, belajar sendiri je. Alhamdulillah, menjadi!
Kenapa blog?
Sebab di blog, sangat mudah untuk menulis dan berkongsi segalanya. Terpulang kepada individu nak menjadikan blognya seperti apa. Pada mulanya, biasa-biasa saja dengan blog ni, namun lama kelamaan, baru tahu, blog ini banyak manfaatnya. Kalau kita sebarkan kebaikan, Allah takkan lupa untuk menganjarinya. Mengajar kita menulis. Mengajar kita bermuhasabah. Doanya, agar minat menulis ini takkan padam~
Peraturan.
Tentunya menjaga akhlak dan menjunjung syariat. Apa-apa yang kita lakukan, syariat Allah adalah kompas kehidpan yang MESTI dijunjung setiap masa dan dimana-mana. Jaga akhlak, jaga penulisan dan percakapan agar ianya tidak lari daripada kehendak Allah dan tujuan penulisan disebarkan.
Maaf, tidak semua gambar boleh ditunjukkan!
Setiap entri mestilah mengandungi hikmah2, nilai2 tertentu untuk ditonjolkan. Bukan sekadar diari perjalanan hidup yang kosong. Entri2 tersebut mestilah mengandungi puji2an terhadap Allah, Rasul dan Islam.
Salah satu media yang menarik jutaan peminat. Diminati oleh pelbagai lapisan usia dan generasi. Banyak kali mengingtkan diri, facebook bukan tempat meletakkan gambar-gambar peribadi untuk tanyangan perdana. Bukan juga diari yang sia-sia. Namun, facebook tempat menyebarkan kebaikan, menjalinkan ukhuwah dan bersilaturrahim SESAMA perempuan selain mencari pengetahuan dan info2 terkini. Maka, jangan sekali-kali lupa tujuan facebook sebab bila kita lupa,kita akan buat sesuatu yang sebaliknya. Doanya, agar Allah kuatkan diri dalam menempuh mehnah di alam maya~
Peraturan.
Status mestilah yang bermanfaat dan bukan kisah dogengan. Juga yang memiliki hikmah dan menyentuh mengenai kebesaran Allah dan penciptaan-Nya.
Tolong jangan meletakkan gambar2 peribadi yang tengah riang ria rejoice dan yang tidak sesuai ditonton awam kerana gambar2 adalah hak peribadi dan hanya orang-orang yang berhak boleh lihat. Gambar2 itu melambangkan akhlak dan maruah dan hanya mahram mahupun sahabat handai yang dikenali boleh melihatnya. Kalau tidak, maaf ya, facebook bukan album perkongsian. (menjaga pandangan lelaki yang bukan mahram dan juga menhormati hak istimewa buat dia yang berhak suatu hari nanti). Kecuali gambar yang raaamai2 dan tak berapa jelas. Itu boleh~ no discount!
PENAMPILAN
Sambil memerhati pelajar lain lalu lalang di hadapan, juga keluar…
“akmal, orang lain semua dah berubah, akmal tak nak berubah ke?”
“berubah? Berubah apa?
“pakai kasut tinggi ke pakai selendang ke”
Ehem, nasib baik tak tersedak, Alhamdulillah! Pertanyaan tu masih segar dalam ingatan.
Maaf, diri ini punya Allah untuk dijaga segala keistimewaan….
Sahabat, diri kita ini adalah hak Allah. Diri kita ini ada pemiliknya. Maka, apakah layak kalau kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak-Nya? Sedangkan setiap helaan nafas kita ini pun hadiah daripada-Nya. Sedangkan kita sangat lemah tanpa bantuan daripada-Nya. Oleh kerana itu, apa yang kita lakukan sama ada memilih pakaian dan sebagainya juga adalah hak Allah. Bukan hak kita semata. Pakailah apa sahaja jenis pakaian, asalkan ianya selari dengan syariat Allah. Nak pakai selendang yang pelbagai jenis tu pun, pakailah, asalkan jangan lupa syariat pemakaian muslimah. Bila kita berpakaian, kita bukan sekadar menutup aurat, malah kita harus pastikan yang pakaian mahupun tudung itu tidak jarang dan ketat juga yang labuh menutupi dada. Juga akhlak yang perlu dijaga seperti mana kita menjaga pakaian dan tudung kita. Ringkas bukan?
Maka, diri ini lebih selesa dengan kasut yang mudah untuk melangkah laju dan bukannya bagai model (terjatuh karang,siapa nak tolong? erk). Diri ini bertambah selesa dengan baju dan seluar yang longgar dan tudung labuh (bulat dan tiga segi) yang menutupi daripada semua arah. Depan, belakang, kanan dan kiri. Diri ini selesa tanpa minyak wangi yang memeningkan kepala dan solekan yang merimaskan. Ana mahu menjadi yang sederhana dengan redha Allah dan bukanya pujian manusia. Ana mahu terus ‘izzah dengan keindahan Islam. Biar ianya tidak dilihat oleh pandangan mata manusia, namun bahagia bila redha Allah ada.
Buat diri,
Moga terus kuat bersama tarbiyyah dan dakwah Islam
Moga terus thabat membawa keindahan Islam
Moga terus cinta bersama Islam~~


5 comments:
salam ziarah kakakkkkkkkkk..hehe :D
wslm...kakak?
amboi3x!
cuti ni,mesti rindu nak kacau kak sab! huhu...
selamat menerima tarbiyah di rumah!
hati2 akmal... kak sab semakin nakal
^_^
mengapa 3?
insyaAllah, bersama hati 3 ini, terkandung berhati2 di dalamnya...
-dira: ok boss!
-gda: napa 3? gambar ke? sebab terkesan dgnnya ;)
Post a Comment