Thursday, March 17, 2011

i.b.u

Assalamu’alaikum.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kesusahan demi kesusahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali.” Luqman: 14


“I praise Allah for sending me you my love
you found me home and sail with me”

“Ibu, redhakah ibu padaku?”

“For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you”

Untuk ibu yang yang telah melahirkanku, membuaiku dengan kasih sayang dan cinta setulus sutera…


Demam

Tika ku demam dan lemah, maka dirimu adalah penjagaku yang terbaik. Sentuhanmu melenakan. Mendamaikan. Bagai doktor dan jururawat. Juga doamu yang tidak pernah henti.

“akak, bangun…makan sikit ni. Nanti nak makan ubat”
“akak tak selera la bu. Tak larat.
“ni makan sikit ni.nanti nak makan ubat…”

Tangan ibu menyuapkan. Lembut. Ibu, air mata ini mahu mengalir. Tabahnya engkau melayani kerenahku. Tika ku sihat mahupun tika aku tak berdaya. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

Hantar

“Ibu, akak ada program hujung minggu ni kat sini. Ibu boleh tak hantarkan akak?
“Ibu, hari ni akak balik lambat sikit. Ada meeting pulak. Ibu ambil akak pukul 6 boleh?

Ibu, tidak pernah engkau menolak ajakan dan permintaanku. Engkau tidak pernah mengeluh. Sejak berzaman lagi. Siang mahupun malam. Teduh mahupun hujan. Kau tetap menghantar, mengambilku dengan kesabaran. Ibu, kesabaranmu mengagumkanku. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

Tanya

“Ibu, ni sayur apa? Ni ikan apa?
“Ibu, macam mana nak masak lauk ni?”
“Ibu, nak buat ni mcam mana?
………….
“ibu, kalau ada kawan akak nak datang rumah kita boleh tak?”
“boleh aje. Datanglah”

Ibu, engkau tidak pernah berhenti melayani kerenahku yang entah apa-apa ini. Menjawab soalan-soalanku yang berulang kali. Mengajar dengan kesabaran. Tidak pernah engkau meninggikan suara mahupun memukulku sehinggakan aku selamat dan tenang bersamamu. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.


Ajak

“bu, jom kita pasar tani. Jalan-jalan sambil senam. Hehe”
“ok, nanti kita bagi tau ayah”
“yeah”
…….
“akak nak beli ke ni?”
“entahlah bu”
“kalau nak, beli je”

Ibu, engkau sentiasa menemaniku. Jalan-jalan bersamaku. Memenuhi keperluan dan kehendakku. Mahal mahupun murah. Tidak menolak tanpa sebab dan alasan tidak munasabah.Sungguh ibu, nikmatnya hidup bersamamu. Kasih sayangmu menyerap seluruh jiwaku. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

Pesan

Ibu, tika aku mengadu sesuatu kepadamu, tentu aku menemui cahaya itu. Engkau tidak lelah menasihatiku. Mendorongku. Memberi kata-kata semangat seikhlas hati.

“Ibu, tengok ni bu….”
“semua yang berlaku ni kan ada hikmahnya. Akak tau kan? Biar orang buat tak baik pada kita, tapi kita mesti buat baik pada orang”

Ibu, kata-kata itu tidak pernah kering dari bibirmu. Lantas aku tunduk ke bumi. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.


Bersih

Hujung minggu itu

“akak, dah basuh bilik air akak belum?
“dah vacuum lantai?”
“Luaran kita mesti sama dengan dalaman kita. Tak guna kalau kita punyalah cantik dan bergaya, tapi rupanya rumah kita kotor, tak jaga kebersihan. Biar rumah kecik, tapi bersih.”

Ibu, engkau sentiasa mengingatkanku. Kecil atau besar. Pasti engkau sampaikan padaku. Menjadikan ia kebiasaanku, sebahagiaan kehidupanku. Membuatkanku sentiasa ingat akan hal-hal sekecil itu. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

Makan

“akak dah makan hari ni? Makan apa?”
“kalau nak makan atau beli apa-apa, beli je. Janganlah tahan-tahan. Ni sejak bila naik kuda(kedekut) ni?”
“hehe. Mana ada naik kuda! Naik dinasour je(kesian ibu kena kacau je)”

Ibu, meski aku tidur atas timbunan emas sekalipun, ketahuilah, tidak pernah aku lupa bagaimana rezeki-Nya itu diperoleh. Dengan keringat dan tenaga ayah ibu yang kuat. Tidak pernah aku lupa bagaimana wang itu dicari. Susah dan payah. Bagaimana mungkin aku berbelanja tanpa memikirkan hal itu ibuku? InsyaAllah, segala nikmat Allah melaluimu itu sudah cukup bagiku. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

Sembahyang

“ibu jadi imam ea”
“akaklah jadi”
“ibulah. Bolehlah.”
“ibu dah lama tak dengar akak jadi imam. Akak kan dah lama tak balik”
“ok.ok (kan dah kalah kalau ibu yang pujuk)”

Ibu, tidak pernah engkau meremehkan ibadatmu. Tidak pernah engkau lupa kecintaanmu pada-Nya. Sehingga engkau tidak jemu beribadah pada-Nya dan mengajakku. Mengingatkanku. Mengejutkan di kala tahajjud. Tidak pernah aku lupa bahawa engkau adalah pengemis cinta-Nya. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

Tukar

“bu, produk ni boikot. kalau kita tukar produk ni ke produk tu ok tak? Kita try”
“boleh je. Pergi lah ambik”
“yes!”
…………
“Ibu, kalau kita letak pokok ni kat sana boleh tak?”
“Ibu tak kisah. Akak letak lah.”
“yahuu!”

Ibu, aku selalu memujukmu. Mencadangkan itu ini. Mengulas itu ini. Namun rupanya engkau memahami. Menimbang dan menerima pendapat dan cadanganku. Buat diriku dihargai. Gembiranya bersamamu. Senang dan tenang untuk berbincang. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

Sporting

Dalam perjalanan berdua bersama ibu ke pasar pada pagi yang hening itu, entah macam mana ibu menyelit

“akak, kalau nak cari suami, pilihlah kerana agamanya. Kerana akhlak dan peribadinya. Carilah yang benar-benar suka dan redha akan kita. insyaAllah, dia akan hargai akak.”

(ibu cakap tentang hal ni? Biar betul!)

“erk. Ibu, malulah akak. Akak muda lagi. Nak temankan ibu dulu”

Ibu, diammu mengandungi hikmah. Bicaramu penuh rahsia. Ibu, ketahuilah tiada rahsia di hati ini melainkan aku khabarkan kepadamu. Engkau ibuku juga sahabatku. Tiada yang kusembunyikan sesuatu yang engkau berhak mengetahuinya. Ibuku, bahagiaku bila engkau turut bahagia. InsyaAllah, sebelum pilihan Allah itu datang menemuiku, pasti dia menemuimu terlebih dahulu dan moga ibu turut bahagia dengan pilihan Allah itu. Namun sebelum itu ibu, mahu ku curahkan kasih sayang yang Allah izinkan untukmu. Tiada lain selainmu selagi Dia mengizinkanku. Hingga pada saat itu, aku menyintaimu, ibuku.

“ibu, aku mengenali qudwah dan dakwah di baiti jannati kita”

“Ibu, dirimu tenang dan menenangkanku”

Seuntai nama itu; ibu
Tidak pernah hati ini lupa mendoakanmu
Kerana dirimu terlalu istimewa buatku
Tidak pernah diri ini lupa untuk mengharapkan redha-Nya untukmu
Kerana dirimu terlalu berharga buatku
Sungguh, kesusahan demi kesusahan telah kau hadapi
Demi melihat aku dewasa dan mencinta-Nya
Kini, dengan Rabb sebagai saksi
Ketahuilah
Aku mencintai dirimu, ibuku
Kerana engkau bernama ibuku
Dan tetap bernama ibuku selamanya.
Ibu, tidak mampu untuk aku membalas pergorbanan-pengorbananmu
Namun, telah aku bersaksi bahawa engkau adalah insan mulia yang ada di sisiku
Moga Allah Yang Maha Mengetahu membalasi mu dan meredhaimu, ibuku
Dan
Memanjangkan cinta ku ini hingga ke jannah-Nya bersamamu ibuku sayang!

Moga Allah meredhaimu ibuku~~
Selepas Allah, Rasul dan Islam, dirimu adalah insan yang aku utamakan…

Ibu, moga dirimu bahagia dengan kasih-Nya~~


Wasslam
Bercinta sampai syurga,
daripada akak untuk ibu~~




4 comments:

bikrunnajah

"Akak kan dah lama tak balik."...
samaaaaa.huhu.sedih ayat tu...mesti rasa bersalah dgn mak..

bestnye dpt anak mcm nt...:P

Sejadah_ungu ^__^

-nadi: sunnatullah menuntut ilmu, sabar dan pengobanan itu ramuan..hehe

best? apa? ce cite..

rimbunhijau

homesick ye akmal? hehe..

nice..=)

+akufobia+

sayang ibu.muahh.

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008